Pemain industri digalakkan teroka potensi pelancongan luar bandar

KOTA KINABALU – Pemain industri digalakkan untuk meneroka peluang potensi pelancongan di kawasan luar bandar bagi melengkapi pertumbuhan industri pelancongan di pusat bandar.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS), Datuk Joniston Bangkuai berkata, pelancongan luar bandar kini semakin menjadi tumpuan utama di Sabah dan menawarkan peluang baharu yang masih belum diterokai untuk penglibatan sektor perniagaan.

“Banyak komuniti luar bandar sudah pun memulakan pembangunan pelancongan berasaskan komuniti, dan sokongan berterusan daripada sektor swasta mampu memperkukuh dan memperluas lagi usaha akar umbi tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa pertemuan bersama ahli-ahli Kota Kinabalu Chinese Chamber of Commerce and Industry (KKCCI) yang diketuai Presidennya, Datuk Michael Lui, di sini pada Selasa.

Joniston yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) berkata, peningkatan aktiviti perniagaan di kawasan luar bandar akan menyumbang kepada peluang penjanaan pendapatan penduduk setempat.

Katanya lagi, ia juga akan menyokong pembangunan luar bandar secara keseluruhan serta meningkatkan kualiti dan kelestarian inisiatif pelancongan sedia ada.

Sementara itu, Michael berkata momentum sektor pelancongan ketika ini amat memberangsangkan khususnya pasca pandemik yang mana kesan positifnya turut dirasai para peniaga tempatan.

Sehubungan dengan itu, Michael juga menyambut baik saranan meneroka kawasan luar bandar.

“Komuniti perniagaan bersedia menyokong inisiatif yang mampu membuka peluang perniagaan baharu serta menyumbang kepada pembangunan pelancongan secara menyeluruh,” ujarnya.

Justeru itu, beliau berharap agar kerjasama dengan KePKAS dan STB akan terus diperkukuh bagi menarik lebih ramai pelancong antarabangsa dan domestik ke Sabah.

Related Posts

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

MIRI – Seramai 190 prospek dari Penjara Pusat Miri dipindahkan ke Penjara Pusat Limbang melalui laluan laut menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0 dengan kawalan keselamatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

SANDAKAN – Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes melanggar syarat Orang Pengawasan Polis (OPP). Dalam kenyataan yang dikeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi

BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi