Bendera Ibu Pertiwi disemarak sempena Hari Sarawak

KUCHING – Upacara Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi edisi Julai bertemakan Hari Sarawak bakal berlangsung pada Ahad ini, 13 Julai di Dataran Ibu Pertiwi, Kuching.

Majlis bermakna itu akan disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin dan dijadual bermula 8 pagi.

Dianjurkan secara berkala oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), upacara tersebut bertujuan menyemai semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak.

Bagi menyemarakkan tema Hari Sarawak kali ini, DBKU turut bekerjasama erat dengan Kementerian Pengangkutan Sarawak sekali gus menjadikan acara itu simbol penyatuan rakyat dengan aspirasi negeri.

Seperti kebiasaan, upacara berprestij ini menampilkan bendera ikonik Ibu Pertiwi berukuran 25 meter panjang dan 12.4 meter lebar yang akan dikibarkan pada tiang setinggi 99.4 meter, menjulang megah sebagai mercu tanda kebanggaan warga Kuching.

Acara akan dimulakan dengan pemeriksaan Pasukan Kawalan Kehormatan DBKU, diikuti dengan nyanyian lagu rasmi negeri, Ibu Pertiwiku, serta persembahan khas bertemakan kenegaraan.

Sejak diperkenalkan pada Julai 2024, inisiatif ‘Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi’ kekal sebagai salah satu usaha berterusan DBKU untuk memupuk semangat kekitaan dan kecintaan terhadap Sarawak.

Terdahulu, majlis edisi sulung telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 28 Julai lalu.

Upacara ini diadakan setiap Ahad pertama setiap bulan dan terbuka kepada orang ramai sebagai manifestasi kebersamaan dalam menghargai tanah air tercinta.

Related Posts

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

KOTA BHARU – Sepasang suami isteri ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan menyimpan dan menjual rokok seludup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Binjai Manis, petang semalam. Pasukan Gerakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

RANTAU PANJANG – Cubaan seorang lelaki membawa masuk secara haram 2,400 anak pokok pelbagai jenis dari Thailand menggunakan sebuah lori gagal apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Lubok…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH