KKM usaha tangani isu kekurangan jururawat

PASIR GUDANG – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akui sedang berusaha menangani masalah kekurangan jururawat yang kini dilihat menjadi isu utama dalam sektor kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, isu kekurangan jururawat atau sumber manusia kini menjadi isu utama dihadapi KKM berbanding digitalisasi.

Justeru katanya, antara langkah menangani isu itu termasuklah bekerjasama dengan sektor swasta.

“KKM bersama dengan sektor swasta melakukan tindakan bersifat interim ataupun transit serta transisi dengan pengambilan jururawat daripada luar.

“Namun apa yang paling mustahak adalah dengan meningkatkan moral serta semangat kerja golongan jururawat ini. Ini yang paling penting di samping isu lain membabitkan gaji dan ganjaran.

“Ia bagi memastikan bilangan jururawat negara dipertingkatkan segera,” katanya pada Majlis Penyerahan Projek Hospital Pasir Gudang, di sini, hari ini.

Menurut beliau, KKM telah meningkatkan jumlah pelatih ke paras 1,000 orang, namun angka itu masih tidak dapat menampung kekurangan petugas, lapor Berita Harian.

“KKM mengalami kesukaran dapatkan jururawat kerana perjawatan ada, namun tiada yang mahu. Berikan KKM sedikit masa menangani isu kekurangan jururawat ini.

“Isu kekurangan jururawat satu realiti yang KKM secara berterusan sedang tanganinya,” katanya.

Februari lalu, seramai 6,919 petugas kesihatan di bawah KKM dilaporkan direkodkan meletak jawatan dan beralih ke sektor swasta, antara 2020 hingga tahun lalu.

Dr Dzulkefly berkata, ia membabitkan seramai 2,141 jururawat, masing-masing 1,754 lantikan tetap dan 387 lantikan kontrak direkodkan meletak jawatan, antara 2020 hingga tahun lalu.

Selain itu, seramai 1,856 pegawai perubatan tetap, diikuti 3,846 pegawai perubatan kontrak dan 1,217 pakar perubatan turut meletak jawatan dalam tempoh sama.

Keadaan itu dikenal pasti berpunca akibat tawaran manfaat yang lebih besar, sekiranya petugas kesihatan terbabit beralih ke sektor swasta.

Tahun lalu, kekurangan jururawat dilaporkan diunjurkan kepada hampir 60 peratus menjelang 2030.

Related Posts

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju membenarkan penggunaan sehingga RM50 juta daripada dana Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi menyokong pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PENGLIBATAN beberapa tokoh politik dalam kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan didakwa hanya memburukkan lagi keadaan dan berisiko menjejaskan kemuliaan institusi Raja serta Undang di negeri berkenaan. Pemerhati politik, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan