Stor simpan lori dan minyak enjin terbakar, letupan gemparkan penduduk

PASIR GUDANG – Penduduk di sekitar Taman Megah Ria, di sini, terkesan dengan beberapa siri letupan yang berpunca akibat daripada kebakaran tapak penyimpanan lori dan minyak enjin, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.54 tengah hari dengan jentera pertama tiba di lokasi pada 1.06 tengah hari tadi.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi kejadian didapati benar berlaku kebakaran melibatkan kawasan penyimpanan lori dan minyak enjin lori.

“Sehingga petang tadi, anggaran awal kemusnahan akibat kebakaran adalah sebanyak 60 peratus. Keadaan angin yang kuat mengakibatkan kebakaran merebak ke kawasan penyimpanan minyak terpakai yang tidak beroperasi,” katanya.

Menurut bomba, tindakan awal memadam kebakaran menggunakan dua aliran sepanjang 1,200 kaki dengan dua pancutan dari jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, dua aliran 700 kaki dan satu pancutan dari jentera BBP Johor Jaya, serta satu aliran 600 kaki dan satu pancutan dari jentera PBS.

Bomba memaklumkan sumber air diperoleh daripada tangki jentera, tangki air serta pili bomba berhampiran dan sebanyak 14 tong buih turut digunakan dalam usaha pemadaman.

Seramai 34 anggota terlibat dalam operasi membabitkan keanggotaan dan aset dari BBP Pasir Gudang, Johor Jaya, Tebrau, Kota Tinggi, Larkin selain Pasukan Bomba Sukarela Mount Austin dan Ulu Tiram.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan, penduduk di sekitar Jalan Kempas 7 yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian telah diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga.

Bekalan elektrik ke kawasan perumahan berhampiran turut diputuskan bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Related Posts

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana