Pahang sedia bangunkan Zon Teknologi Tinggi

KUANTAN – Zon Teknologi Tinggi Pahang bakal dibangunkan bagi menghimpunkan syarikat dalam bidang kecerdasan buatan (AI), automasi dan data besar.

Ia sekaligus menjadikan negeri ini antara pusat utama teknologi di Pantai Timur.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohamad Nizar Najib berkata, lokasi bagi zon berkenaan masih dalam peringkat perbincangan namun dijangka dibangunkan di sekitar Kuantan.

Jelasnya, inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk melatih bakat tempatan dalam bidang teknologi serta menarik pelabur tempatan dan antarabangsa untuk beroperasi di Pahang.

“Kami hendak menarik syarikat AI berpangkalan di Pantai Timur dan menjadi sebahagian daripada ekosistem teknologi di rantau ini.

“Malah, syarikat perintis dalam sektor ini juga sedang dibangunkan di Pahang,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran AI for Productivity Transformation dan Majlis Penutup Program SPEED GCPV di Pahang Skills, di sini, hari ini.

Mohamad Nizar memaklumkan, penggunaan teknologi AI kini bukan lagi bersifat pilihan, sebaliknya keperluan dalam pelbagai sektor, termasuk pentadbiran, industri dan kehidupan seharian.

“Teknologi ini, sama ada kita suka atau tidak, pasti hadir dan akan mengubah cara kita bekerja, cara industri beroperasi dan proses dalam sektor pekerjaan.

“Justeru, masyarakat di negeri ini perlu bersiap siaga menghadapi cabaran dan peluang yang dibawa oleh perkembangan teknologi ini,” ujarnya.

Kerajaan negeri katanya, menyasarkan penyertaan sekurang-kurangnya 300 syarikat dalam sektor AI, dengan 30 syarikat akan diberi bimbingan intensif melalui kerjasama strategik bersama agensi seperti Malaysia Productivity Corporation (MPC) dan Pahang Skills.

“Daripada 300 itu, 30 syarikat akan diberi bimbingan secara langsung (handholding) agar benar-benar bersedia dari segi produktiviti dan inovasi,” katanya.

Related Posts

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

KUANTAN – Seorang lelaki lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam kolam ikan di sebuah resort di Sungai Ruan, dekat sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan perundingan politik menerusi media sosial perlu dihentikan buat sementara waktu dan digantikan dengan rundingan secara bersemuka di meja perundingan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel