BN enggan terheret polemik kenyataan politik

TAWAU – Barisan Nasional (BN) berpendirian tegas untuk tidak terheret dalam sebarang kenyataan bersifat spekulatif berhubung isu gabungan politik di Sabah.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya memilih untuk tidak melayan sebarang kenyataan termasuk yang dibuat oleh mana-mana pihak mengenai kerjasama antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) tanpa penglibatan BN.

Katanya, pihaknya sebaliknya fokus usaha memastikan kestabilan politik negeri terus dipelihara.

“Keutamaan ketika ini adalah memastikan kestabilan politik negeri terus terpelihara, bukannya terjebak dalam polemik kenyataan balas yang boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

“Kita tidak akan membuat sebarang kenyataan-kenyataan yang berbentuk begitu kerana yang paling mustahaknya ialah BN dan seperti yang telah diumumkan sebelum ini, BN dan PH akan bersama,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia berkata demikian ketika ditemui media sempena Majlis Ramah Mesra Pimpinan Zon 6 UMNO Sabah, di Tawau.

Menurut Zambry, sekiranya kerjasama politik diperluas kepada pihak lain, ia tetap perlu berasaskan kepada persefahaman bersama dan dibincangkan secara rasmi dan bukannya dibuat menerusi kenyataan individu.

“Tidak bermakna bahawa kita tidak membuka ruang-ruang yang lain untuk kerjasama. Asas kepada kerjasama ini adalah berteraskan kepada persefahaman bersama.

“Jadi, untuk peringkat ini, kita tidak mahu terheret dengan pelbagai kenyataan yang dibuat oleh mana-mana pihak,” katanya.

Dr. Zambry berkata, UMNO dan BN akan mengambil pendekatan yang lebih berhemah dalam membuat sebarang keputusan berhubung kerjasama politik selaras dengan matlamat untuk memastikan politik di Sabah kekal stabil dan berfungsi demi kepentingan rakyat.

“Saya tidak mahu mengambil pendekatan reaksi spontan, orang ini kata itu, saya balas itu. Itu bukan cara BN.

“Yang penting ialah kita membuat keputusan yang tuntas, mantap, dan berpaksikan kepada kestabilan negeri,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan, Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun memberi bayangan kemungkinan akan bekerjasama dengan PH pada PRN Sabah tanpa penglibatan BN.

Related Posts

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

KITA telah berbicara tentang pembinaan negara bangsa dan hati nurani sebuah tamadun. Tentang bagaimana sesebuah negara tidak mampu berdiri hanya melalui kekuatan institusi atau pembangunan material semata-mata, tetapi memerlukan kesedaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kolaborasi KRT, Kementerian Digital: Perisai ‘scammer’, celik IT buat penduduk kampung

Kolaborasi KRT, Kementerian Digital: Perisai ‘scammer’, celik IT buat penduduk kampung

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina