PKR Cabang Tawau tawar sewa peralatan perubatan serendah RM1

TAWAU – Demi kebajikan dan meringankan beban pesakit, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tawau menawarkan perkhidmatan sewaan peralatan perubatan serendah RM1 melalui Pusat Khidmat Biro Kesihatan PKR Tawau.

Ketua Cabang PKR Tawau, Fung Thin Yein berkata, antara peralatan yang ditawarkan termasuk kerusi roda dan alat bantu berjalan (walker keluli tahan karat).

Katanya, inisiatif ini diwujudkan setelah mendapati ramai pesakit, khususnya daripada keluarga kurang berkemampuan, tidak mampu membeli peralatan perubatan yang penting untuk pergerakan harian, sekali gus menyukarkan kehidupan mereka.

“Saya melawat beberapa kampung dan mendapati ada pesakit yang hanya terbaring di atas tilam atau lantai selama bertahun-tahun.

“Ada juga pesakit yang kurang berkemampuan yang memerlukan lebih Kami bantu mereka dengan menyediakan kerusi roda supaya mereka boleh duduk dan lebih selesa,” katanya kepada wartawan The Malaysia Press, pada Khamis.

Fung menegaskan bahawa PKR bukan sekadar parti politik, tetapi turut aktif dalam inisiatif kebajikan dan kemasyarakatan bagi memastikan masyarakat Tawau tidak terpinggir.

“PKR sedia membantu tanpa mengira kaum dan agama, dan usaha ini akan diteruskan,” ujarnya.

Tambah Fung, pusat khidmat itu juga menerima infaq peralatan kesihatan yang akan diselenggara sebelum disalurkan kepada pesakit yang memerlukan.

Orang ramai yang memerlukan boleh menghubungi biro berkenaan di talian 013-8844700 / 012-6114700 atau melalui emel pkrkctawau2022@gmail.com.

Related Posts

Calon UMNO pasti kalah jangan lagi ‘ditunggang’ pada PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO Selangor mengingatkan kepimpinan parti untuk tidak lagi memilih calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) berdasarkan populariti dalam parti semata-mata, sebaliknya menggunakan data dan penerimaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selepas PRU16, UMNO tidak perlu lagi terikat dengan mana-mana parti politik

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan yang menggabungkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) selepas keputusan Parlimen tergantung hanyalah persinggahan sementara dan bukan destinasi akhir UMNO. Ketua Pemuda UMNO Johor,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon UMNO pasti kalah jangan lagi ‘ditunggang’ pada PRU16

Calon UMNO pasti kalah jangan lagi ‘ditunggang’ pada PRU16

Jangan jadi Tuhan tentukan syurga, neraka – Sheikh Wazir

Jangan jadi Tuhan tentukan syurga, neraka – Sheikh Wazir

Keterbukaan UMNO beri kerjasama SPRM langkah tepat – Noh Omar

Keterbukaan UMNO beri kerjasama SPRM langkah tepat – Noh Omar

Selepas PRU16, UMNO tidak perlu lagi terikat dengan mana-mana parti politik

Selepas PRU16, UMNO tidak perlu lagi terikat dengan mana-mana parti politik

Wanita UMNO perlu bantu raih semula kepercayaan rakyat – Noraini

Wanita UMNO perlu bantu raih semula kepercayaan rakyat – Noraini

Isu Proklamasi Negeri Sembilan, Ahmad Zahid jumpa Ismail Lasim

Isu Proklamasi Negeri Sembilan, Ahmad Zahid jumpa Ismail Lasim