Sandakan destinasi ke-4 Jelajah Perkasa Usahawan Wanita Muda Sabah pada 11 Jun

KOTA KINABALU – Sandakan destinasi keempat Siri Jelajah Memperkasa Usahawan Wanita Muda Sabah anjuran Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) dan Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan pada 11 Jun ini di Dewan Serbaguna Libaran.

Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul berkata, siri jelajah ini bertujuan untuk mendekati komuniti usahawan wanita muda di pelbagai daerah, sekali gus memastikan sokongan, pembiayaan dan latihan yang ditawarkan sampai secara langsung kepada kumpulan sasar di peringkat akar umbi.

“Pelaksanaan program ini disesuaikan dengan keperluan dan potensi setiap lokasi agar lebih berkesan kepada kumpulan sasaran.

“Setiap daerah mempunyai konteks pembangunan dan cabaran tersendiri.

“Oleh itu, program ini dirangka agar pendekatannya dapat disesuaikan secara lebih berkesan dengan keadaan setempat,” katanya dalam kenyataan media pada Ahad.

Jelasnya, pelaksanaan program ini juga berpandukan keyakinan bahawa wanita mampu menjadi pemacu utama dalam merapatkan jurang ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar.

Tambah beliau, program setengah hari ini akan menampilkan sesi perkongsian pengalaman daripada tokoh industri dan usahawan wanita tempatan seperti Pengasas Nana Puteri Beauty & Wellness, Masna Osman dan Pengerusi Koperasi Wanita Berjaya Batu Sapi, Rahimah Asrah.

“Selain sesi bimbingan dan penerangan mengenai Skim Pinjaman DAYANG oleh SCC, peserta juga akan diberi pendedahan kepada aspek literasi digital, yang kini menjadi keperluan penting dalam mengurus dan memasarkan perniagaan,” ujarnya.

Terdahulu, siri jelajah ini diadakan di tiga lokasi laitu di Beaufort, Ranau dan Tenom.

Related Posts

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

KOTA BHARU – Sepasang suami isteri ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan menyimpan dan menjual rokok seludup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Binjai Manis, petang semalam. Pasukan Gerakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

RANTAU PANJANG – Cubaan seorang lelaki membawa masuk secara haram 2,400 anak pokok pelbagai jenis dari Thailand menggunakan sebuah lori gagal apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Lubok…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH