MICF 2025 pamer potensi industri koko, tarik penyertaan antarabangsa

KOTA KINABALU – Festival Koko Malaysia Antarabangsa (MICF) 2025 yang dijadual berlangsung pada 24 hingga 27 Mei ini di Sabah menampilkan potensi besar industri koko negara, dengan penyertaan lebih 160 pempamer termasuk dari luar negara.

Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia (LKM), Datuk Dr Ramle Kasin berkata, festival itu bukan sekadar mempamerkan produk berasaskan koko, malah memperlihatkan inovasi dalam pemprosesan coklat serta peluang perniagaan melibatkan usahawan tempatan dan antarabangsa.

Katanya, ada 160 petak pameran dan lebih 20 peratus daripadanya dari luar negara termasuk China, Singapura, Indonesia, Eropah dan Afrika.

“Ini menunjukkan MICF semakin mendapat perhatian global.

“Antara tarikan lain termasuk pertandingan membuat coklat, demonstrasi mesin pemprosesan coklat dan produk-produk inovatif berasaskan koko seperti kosmetik serta penjagaan kulit.

“Pelbagai daya tarikan disediakan. Contohnya, kita ada cabutan tiket bertuah iaitu hadiah utama adalah sebuah kereta. Selain itu motosikal, ATV dan banyak lagi.

“MICF 2025 dijangka menarik lebih 30,000 pengunjung hasil promosi berterusan yang dilakukan sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan sesi tinjauan persiapan tapak MICF 2025 di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Pengerusi LKM, Datuk Matbali Musah pula berkata, Sabah bertuah menjadi tuan rumah kepada MICF kali ini dan berperanan besar dalam merancakkan pembangunan industri koko di peringkat kebangsaan.

“Kita bersyukur Sabah dipilih sebagai tuan rumah. Ini membuktikan peranan Sabah dalam industri koko semakin diiktiraf, apatah lagi Ibu Pejabat LKM turut berada di negeri ini.

“Yang penting ialah kita menguatkan azam, ada tekad untuk memastikan supaya industri coklat ini akan terus berkembang dan bersemarak dalam kita mengusahakan untuk mengangkat martabat coklat ini seiring supaya menjadi sesuatu yang menyentuh semangat khususnya kepada pengusaha industri coklat,” katanya.

Tambah beliau, komitmen LKM adalah untuk terus menyokong pekebun kecil koko melalui pelbagai bantuan dan inisiatif seperti program penanaman semula dan pemulihan tanaman koko.

“Kita tidak mahu pekebun diketepikan. LKM sentiasa bergerak cergas membantu pengusaha koko untuk terus berjaya.

“Kerajaan melalui LKM dan kementerian berkaitan menyediakan pelbagai bentuk bantuan termasuk untuk penanaman dan pemulihan tanaman koko,” ujarnya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok