Nurul Izzah tolak dakwaan ‘parti anak beranak’, sokongan akar umbi bukan nepotisme

NAIB Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar secara rasmi menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu bagi sesi 2025–2028, meskipun dilabel dengan pelbagai persepsi.

Dalam kenyataan, Nurul Izzah mengakui label ‘parti anak beranak’ yang terus dikaitkan dengannya bukanlah satu cabaran yang bukan baharu, namun beliau yakin penyertaan dalam pemilihan adalah bukti kepercayaan kepada suara akar umbi.

“Walau apa jua gelaran dan persepsi yang dilemparkan selama puluhan tahun, saya tetap akan terus berkhidmat, Insya-Allah, kerana yakin bahawa proses bertanding secara terbuka lantas mendapat mandat daripada akar umbi bukanlah satu bentuk nepotisme,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah, yang juga anak kepada Presiden PKR dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau memahami kebimbangan sesetengah pihak terhadap persepsi kepimpinan keluarga, namun menegaskan keputusannya lahir dari rasa tanggungjawab, bukan kepentingan peribadi.

Beliau berkata, sebagai bukti, ketika PH memenangi PRK ke-14, beliau telah ditawarkan lantikan menteri tetapi menolaknya berikutan ibunya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Jelas beliau, hasrat bertanding bukan untuk mendominasi, sebaliknya untuk menyumbang tenaga memperkukuh jentera parti, khususnya menghadapi PRU ke-16.

“Kerana PRU-16 bukan boleh dimenangi menerusi usaha mana-mana individu. Kita tidak mampu bergerak berseorangan.

“Kita hanya mampu menang dengan menggandingkan kekuatan cabang, jentera akar umbi, menjalar kepada rakyat serta masyarakat menerusi kempen, khidmat dan strategi penerangan efektif yang menambat hati dan keperluan semua,” katanya.

Menyentuh serangan peribadi yang dilemparkan terhadapnya, Nurul Izzah menzahirkan rasa terkilan namun menyeru semua anggota agar kekal beradab walaupun berbeza ideologi.

“Ini parti yang telah kita bina bersama. Kita boleh bertembung idea dan berbeza pandangan sepanjang pemilihan ini, tetapi kekallah dengan adab dan hikmah. Berhujahlah dengan fakta, bukan dengan emosi, hinaan, gelaran dan kata-kata kesat,” ujarnya.

Dengan penuh rasa rendah diri, Nurul Izzah menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada anggota PKR untuk menilai keikhlasan beliau dan memilih kepimpinan terbaik.

“Sekiranya perwakilan PKR merasakan saya sesuai untuk menggalas tanggungjawab dan amanah besar ini, Insya-Allah, saya akan berusaha melakukan yang terbaik demi PKR,” katanya.

Kongres Nasional PKR termasuk Kongres AMK dan Kongres Wanita dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru.

Related Posts

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian
  • AdenAden
  • October 5, 2026

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil tindakan secara teratur, bertanggungjawab dan berlandaskan undang-Undang berhubung isu pengurusan pelarian, kata Memteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara