Pembuli GiatMARA berdepan tindakan tegas

PUTRAJAYA – Tiada maaf bagi pembuli, apatah lagi membuli orang kurang upaya (OKU)

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan perkara itu susulan rakaman video tular dipercayai insiden buli di GiatMARA Durian Tunggal, Melaka.

Jelasnya, apa jua alasan termasuk gurauan tidak boleh diterima dan tindakan tegas akan diambil terhadap para pelaku.

Beliau memaklumkan sudah menghubungi dan meminta Ketua Pegawai Eksekutif GiatMARA mengambil tindakan segera.

“Siasatan awal mendapati kejadian tersebut adalah gurauan kasar sesama pelatih semasa menjalani latihan di GiatMARA Alor Gajah dahulu.

“Kini mereka sedang menjalani Latihan Industri (LI) dalam Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, tular rakaman video seorang pelajar OKU didakwa menjadi mangsa buli di GiatMARA Durian Tunggal sehingga mencetuskan kemarahan netizen.

Asyraf Wajdi berkata, beliau dimaklumkan pengurusan GiatMARA Melaka akan memanggil dan berjumpa dengan semua individu dalam rakaman video tersebut hari ini.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ada keperluan Akta Hasutan 1948 dimasuhkan segera – Hilman

KUALA LUMPUR – Keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pemuda Bersatu, Muhammad Hilman Idham daripada tuduhan membuat kenyataan menimbulkan kegentaran awam membuktikan wujud keperluan Akta Hasutan 1948 dimansuhkan segera. Beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan