Bendung permintaan dan penawaran dadah di Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU – Usaha bersepadu perlu digembleng bagi mengekang permintaan dan penawaran dadah di Sabah, sekali gus mengurangkan jumlah penagih serta pengguna bahan terlarang di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, peningkatan penagihan dadah yang direkodkan di Sabah wajar menjadi kebimbangan dan memerlukan tindakan serius semua pihak.

“Sabah mencatatkan peningkatan 7.5 peratus dalam jumlah penagih dan pengguna bahan terlarang, dengan 9,207 individu dikesan sepanjang tahun lalu berbanding 8,567 pada 2023.

“Bagaimanapun, angka ini hanya mewakili 4.8 peratus daripada statistik kebangsaan.

“Kadar penagihan di Sabah kini berada pada paras 246 bagi setiap 100,000 penduduk, masih dalam sasaran nasional iaitu tidak melebihi 400,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Negeri (MTMD) di Menara Kinabalu, di sini pada Isnin.

Menurut Hajiji, trend peningkatan kes penagihan yang dilihat di hampir semua negeri jelas menunjukkan cabaran besar dalam usaha menangani ancaman dadah di negara ini, termasuk di Sabah.

“Usaha berterusan perlu dipertingkatkan untuk memutuskan rantaian penawaran dan permintaan dadah di negeri ini.

“Perkara ini memerlukan komitmen semua pihak,” ujarnya.

Bagi memastikan tindakan lebih berkesan, katanya, tumpuan tahun ini akan diberikan kepada dua kawasan berisiko tinggi iaitu Penampang dan Balung di Tawau, yang disasarkan mencapai status ‘hijau’.

“Presiden Majlis Perbandaran Penampang dan Tawau telah dilantik sebagai penyelaras kawasan berisiko tinggi masing-masing bagi memastikan matlamat penghijauan ini dapat dicapai,” jelasnya.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga akan memastikan tujuh kawasan berisiko tinggi yang telah mencapai status ‘hijau’ iaitu Likas, Inanam, Luagan, Patikang, Tuarid Taud, Tanjung Batu dan Merotai, terus dikekalkan.

Dalam mesyuarat itu, dua kertas kerja turut dibentangkan termasuk cadangan pelaksanaan program perintis ‘Kampung Sejahtera Tanggungjawab Bersama’ oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah.

Hajiji turut menyeru semua pihak agar memberi perhatian serius terhadap ancaman dadah demi kesejahteraan rakyat dan generasi akan datang.

“Dadah masih kekal sebagai musuh nombor satu negara. Kerjasama bersepadu semua agensi adalah penting demi memastikan matlamat Dadah Terkawal 2025 dapat dicapai,” tegasnya.

Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan Pengarah AADK Sabah yang baharu, Elmariah Chung.

Related Posts

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

IPOH – Seorang wanita didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

IPOH – Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai aktif mengedar dadah sejak empat bulan lalu terbongkar apabila dia ditahan bersama ketamin, MDMA serta pelbagai objek menyerupai senjata api dan ratusan peluru…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

Wujud perbuatan ‘salam kaut’ tengah laut, periuk nasi nelayan persisir pantai terjejas

Wujud perbuatan ‘salam kaut’ tengah laut, periuk nasi nelayan persisir pantai terjejas

Pengalaman tidak dipeduli MIC, Rajagopal ubah sokongan kepada Pakatan Harapan

Pengalaman tidak dipeduli MIC, Rajagopal ubah sokongan kepada Pakatan Harapan

FELCRA agih untung interim 1 2026 RM126.9 juta

FELCRA agih untung interim 1 2026 RM126.9 juta