Media bukan sekadar melapor tapi memperjelas dengan tanggungjawab – Azam Baki

KOTA KINABALU –  Peranan media bukan sekadar melaporkan, tetapi menjelaskan dengan penuh bertanggungjawab dan elak laporan sensasi, kata Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. 

“Kita ada proses dan sistem perundangan yang ditetapkan. Di sinilah pentingnya peranan media — bukan sekadar melaporkan, tetapi menjelaskan dengan penuh bertanggungjawab dan mengelak sensasi. 

“Media harus menjadi jambatan kefahaman, bukan alat manipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan yang mahu menimbulkan kekeliruan dan polemik, dengan menggunakan naratif politik untuk mengkritik tanpa berasaskan fakta yang betul.

“Laporan yang tidak berlandaskan fakta dan undang-undang boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan dan menghakis kepercayaan terhadap Perlembagaan negara,” kata beliau semasa berucap di Program Cakna Rasuah bersama Pengamal Media Sabah di sini pada Khamis.  

Azam menyeru agar pengamal media terus berpegang kepada etika kewartawanan yang berintegriti — menapis maklumat dengan cermat, menyaring kebenaran dari persepsi, dan memaklumkan rakyat berdasarkan prinsip tanggungjawab dan profesionalisme.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan terdapat persepsi dalam kalangan masyarakat bahawa setiap individu yang disiasat SPRM mesti didakwa, dan setiap yang didakwa wajib dijatuhi hukuman berat. 

“Ini adalah satu tanggapan dan ekspektasi, tetapi ia perlu dilihat dalam konteks sistem perundangan negara yang berlandaskan bukti dan proses keadilan yang saksama.

“Hakikatnya, tidak semua kes berakhir di mahkamah dan menerima sabitan. Ada masanya, seseorang suspek boleh ditukar menjadi saksi utama untuk membantu pihak pendakwaan membawa ‘jerung’ ke muka pengadilan – seperti yang berlaku dalam siasatan berprofil tinggi kes Jabatan Air Sabah,” katanya

Tambah beliau, dalam kes lain pula, hukuman secara kompaun digunakan bagi memastikan wang yang diseleweng dapat dikembalikan segera ke dalam kantung kerajaan, tanpa perlu melalui perbicaraan yang panjang dan memakan kos dan masa.

Jelas beliau, kompaun merupakan satu tindakan punitif dan bukannya penyelesaian untuk melepaskan orang yang kena tuduh.

“Terdapat juga situasi di mana bukti yang dikumpul tidak mencukupi untuk membolehkan pendakwaan dibuat ataupun orang yang kena tuduh itu dilepas tanpa dibebaskan (DNAA). 

“Hakikatnya, keputusan untuk mendakwa atau tidak, dan keputusan untuk meneruskan perbicaraan atau tidak adalah hak mutlak di bawah bidang kuasa Pejabat Peguan Negara dan budi bicara kehakiman, berdasarkan hasil siasatan SPRM dan merit bukti yang diperoleh,” ujarnya. 

Katanya lagi, perkara-perkara seperti ini bersifat teknikal dan mungkin sukar difahami oleh orang awam. 

Hadir sama Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Datuk Muguntan Vanar.

Related Posts

Jentera kempen PN kurang menyengat tidak seperti PH, BN bersemangat

BATU PAHAT – Pakatan Harapan (PH) dilihat memulakan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan momentum paling positif apabila berjaya menghimpunkan kehadiran penyokong yang ramai pada hari penamaan calon. Suasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan caj RM1 di bank ringan beban kewangan, lancar aliran tunai harian

TAWAU – Pemansuhan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di mesin pengeluaran automatik (ATM) dan mesin kitar semula pintar (SRM) yang berkuat kuasa hari ini dilihat mampu meringankan beban…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan