Sultan Pahang bangga empat daerah dalam senarai bandar paling bahagia

KUANTAN – Pemilihan empat daerah di Pahang sebagai antara 20 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2025 mendapat perhatian Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda bertitah, kejayaan itu bertepatan dengan suasana yang dinikmati di daerah tersebut, terutama di Lipis.

“Saya bangga dengan kejayaan Lipis, Cameron Highlands, Jerantut, dan Temerloh.

“Di Lipis hari ini, saya melawat bandar dan masjid, melihat senyuman di wajah setiap orang, gelaran ini sangat sesuai,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan rakyat Pahang untuk terus berusaha, menjaga kebersihan serta mengutamakan solat dan mengaji al-Quran.

Baginda bertitah demikian selepas merasmikan Maahad Tahfiz Ar-Rushd di Kampung Tanjung Gahai, dekat Lipis, petang semalam.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berharap kejayaan empat daerah berkenaan menjadi inspirasi kepada daerah lain untuk turut mendapat pengiktirafan sama.

“Dalam masa yang sama, empat daerah yang telah diisytiharkan sebagai bandar bahagia dapat terus mengekalkan pengiktirafan kerana saya percaya daerah lain pun akan berusaha untuk mendapat pengiktirafan seperti ini,” jelasnya yang turut berbangga dengan kejayaan tersebut

Semalam, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengumumkan senarai 20 bandar paling bahagia berdasarkan Indeks Kebahagiaan Malaysia.

Lipis, Cameron Highlands, dan Jerantut meraih pengiktirafan dalam kategori Majlis Daerah, manakala Temerloh tersenarai dalam kategori Majlis Bandaraya dan Perbandaran.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan menahan 10 individu dan merampas aset bernilai RM508,352.50 dalam empat kes penguatkuasaan berasingan di sekitar Sandakan, pada Rabu. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar