RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025: Penolakan 57 Ahli Parlimen khianat usaha reformasi Parlimen

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan 57 Ahli Parlimen Pembangkang yang tidak menyokong pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Pindaan 2025 yang menjadi asas kepada penggubalan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen 2025 seperti mengkhianati usaha reformasi institusi Parlimen.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, pindaan itu menjadi reformasi penting dalam memberikan kematangan kepada sistem demokrasi negara, serta membuka ruang kepada Parlimen untuk menjalankan fungsi dengan lebih bebas.

“Namun, itu (tindakan 57 Ahli Parlimen Pembangkang) tidak mengejutkan memandangkan gerombolan yang sama juga telah merobek serta menginjak demokrasi Parlimen dengan menyekat sidang Dewan Rakyat sebelum ini,” katanya menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia, pada Selasa.

Menurutnya, Perdana Menteri turut menyampaikan penghargaan kepada Ahli Parlimen yang telah memberi dukungan penuh kepada pindaan itu.

“Pindaan itu juga menjadikan Parlimen sebagai mercu tanda kebebasan bersuara. Dengan dukungan penuh 2 per 3 Ahli Parlimen, ternyata ia adalah bukti nyata betapa kukuh dan stabil Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri,” ujarnya.

Tambahnya, Perdana Menteri turut mengingatkan semua pihak agar mengelakkan polemik 3R (kaum, agama dan raja) dalam sebarang bentuk kenyataan atau tindakan serta mengamalkan sikap hormat menghormati dan kasih sayang dalam masyarakat.

“Isu 3R yakni yang turut mendapat perkembangan serius dan mengesankan Perdana Menteri di mana ia menjadi tumpuan ketika ini susulan tindakan sesetengah pihak yang telah menyinggung sensitiviti penganut agama lain.

“Perdana Menteri memberikan teguran kepada semua pihak dan menegaskan bahawa tindakan atau petuturan yang menyentuh isu 3R hanya akan menggugat keharmonian negara dan tidak seharusnya berulang.

“Beliau juga menekankan kepentingan seluruh rakyat untuk mendakap kemas prinsip rukun negara selaku asas perpaduan yang harus dihayati dan diamalkan untuk kita bersama mempertahankan keharmonian serta menolak usaha dan tindakan yang boleh memecah belah perpaduan nasional,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri juga mengarahkan pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan dipertingkat bagi mengelakkan pihak tertentu mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak wajar.

“Perdana Menteri sendiri akan menziarahi atau melawat beberapa Bazar Ramadan bagi melihat sendiri harga dan kualiti makanan secara langsung di samping memberikan sokongan kepada peniaga-peniaga kecil.

“Beliau juga telah mengarahkan supaya ditingkatkan kekerapan Program Jualan Rahmah Madani sepanjang bulan Ramadan dan menjelang bulan Syawal nanti,” ujarnya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok