PGA, TNB berjaya lumpuhkan premis lombong bitcoin curi elektrik di Sungai Petani

SUNGAI PETANI – Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) merampas 111 unit mesin melombong bitcoin serta sejumlah barangan lain dianggarkan bernilai RM890,950 di empat premis di sini, pada Isnin.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Perak, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, Cawangan Risik Batalion 2 PGA dan Pasukan Special Engagement Against Losses (SEAL) TNB Zon Utara melakukan operasi penguatkuasaan itu selama lima jam bermula pukul 5 petang.

Katanya, empat premis itu yang dipercayai menjalankan aktiviti melombong bitcoin disyaki melakukan penyambungan bekalan elektrik secara haram.

“Kita bertindak merampas peralatan yang disyaki digunakan untuk tujuan itu di empat lokasi berasingan iaitu 111 unit mesin perlombongan bitcoin, lima unit router, dua unit modem dan seunit komputer riba dengan nilai rampasan kira-kira RM890,950,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 (3) Akta Bekalan Elektrik 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Sementara bagi Seksyen 37 (1) Akta Bekalan Elektrik 1990, hukuman adalah denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” ujarnya.

Related Posts

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

KOTA SAMARAHAN – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan rasa berpuas hati dengan kualiti penyiapan projek INTAN Leadership Development Park (I-LEAD) di Institut Tadbiran Awam Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

KOTA KINABALU – Rang Undang-Undang (RUU) Pewarisan Orang Islam 2026 yang diluluskan Kerajaan Sabah bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri menjadi langkah penting dalam memperkemas dan memodenkan perundangan Syariah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

  • By Ithma
  • August 12, 2026
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah