Kedudukan strategik Sibu mampu lonjak pembangunan ekonomi penduduk

SIBU – Sibu terus mencipta gelombang baharu dalam pembangunan ekonomi dengan memanfaatkan kelebihan infrastruktur seperti Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan dari satu bandar ke bandar yang lain.  

Kedudukan strategik ini memberikan kelebihan kepada penduduk tempatan dalam meningkatkan aktiviti perniagaan serta memajukan komuniti melalui gerakan koperasi.

Lembaga Pengarah Institut Koperasi Malaysia merangkap Pengerusi Coopbank Pertama Malaysia, Datuk Baharom Embi berkata, kerajaan Sarawak melalui strategi yang keenam Post Covid-19 Development Strategy (PCDS 2030) amat menekankan kepentingan inklusiviti sosial dan keseimbangan ekonomi yang bertujuan untuk mempertingkatkan produktiviti dan memperkasa penduduk setempat.

“Dalam usaha memperkukuh pertumbuhan ekonomi, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) diberi peranan utama dalam menjadikan koperasi sebagai mekanisme utama mencapai sasaran PCDS 2030,” kata beliau.

Tambah beliau, dengan sumber alam yang kaya, sektor pertanian, pelancongan dan perniagaan di Sibu berpotensi dikembangkan menerusi kerjasama koperasi.

Sehingga Disember 2023, ujar beliau lagi, Sarawak mencatatkan sebanyak 1,190 koperasi dengan jumlah syer mencecah RM228.24 juta. 

Dengan angka yang menggalakkan ini, koperasi di Sibu dan seluruh negeri diseru untuk bersatu padu memperluaskan peluang perniagaan, serta menjadi pemacu utama kepada ekonomi tempatan.

“Saya ingin mengajak semua pihak untuk memanfaatkan sokongan dan bimbingan yang disediakan oleh kerajaan serta agensi berkaitan dalam menjayakan ekonomi berkoperasi. 

“Koperasi adalah salah satu cara terbaik untuk meningkatkan pendapatan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada komuniti,” ujar beliau dalam majlis Perasmian Program Turun Padang Jom@Coop Mempromosi Pendidikan dan Latihan Koperasi 2025 di Kingwood Hotel pada Khamis

Sementara itu, Baharom berkata, pihak kerajaan juga menggesa usahawan dan koperasi untuk merebut peluang pendidikan dan latihan yang ditawarkan oleh IKMa. 

“Tanpa pengetahuan dan bimbingan yang mencukupi, koperasi berisiko untuk tidak aktif dan gagal bersaing dalam ekonomi semasa,” kata beliau.

Oleh itu, jelas beliau, latihan dan sokongan yang berterusan amat diperlukan bagi menjamin kejayaan koperasi tempatan.

Turut hadir Pengarah Institut Koperasi Malaysia Zon Sarawak, Siti Maimunah Jerni; Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sarawak, Norfaizah Manjah; Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Sibu, Ezekiel Lawat Winston Dana dan wakil Residen Sibu, Safidi Tumboh.

Related Posts

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 daripada keseluruhan 16 perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dimuktamadkan setakat ini diselesaikan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

KUNAK – Jalan raya sepanjang kira-kira 300 meter menghubungkan Kampung Jaya Baru dengan Pasar Tamu Mingguan Kunak akhirnya selesai diturap semula bagi memberi keselesaan sekali gus meningkatkan keselamatan pengguna jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara