Pelaburan semula KWSP dalam MAHB bakal raih pulangan positif jangka panjang

PERTIKAIAN sesetengah pihak bahawa Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) akan rugi dalam urus niaga saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) adalah momokan semata-mata bahkan ia dijangka bakal membawa pulangan kepada kedua-dua pihak.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, menerusi pelaburan ini, KWSP mengambil pendekatan ‘Acitve Portfolio Management’ dalam menyesuaikan pegangan saham untuk meningkatkan keuntungan.

“Jika dahulu, KWSP menjual sebahagian saham MAHB pada nilai yang menguntungkan untuk pulangan kepada pencarum tetapi kini, KWSP membeli kembali kerana melihat potensi keuntungan yang lebih besar dalam sektor penerbangan yang kian pesat membangun.

“Jelas sekali KWSP tidak hanya memandang keuntungan dalam jangka masa pendek tetapi juga memastikan aset berkembang bagi jangka masa yang panjang,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Selasa lalu, konsortium Gateway Development Alliance (GDA) berjaya memperoleh saham mencukupi untuk mengambil alih MAHB dan menjadikannya syarikat persendirian.

GDA merangkumi KWSP, UEM Group Bhd yang disokong Khazanah Nasional Bhd, Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi, dan Global Infrastructure Partners yang dimiliki BlackRock.

Sebelum perjanjian itu dimuktamadkan, terdapat pihak yang tidak bersetuju mendakwa KWSP kerugian RM500 juta dalam dagangan saham untuk membeli semula saham MAHB pada harga lebih tinggi selepas menjualnya pada kadar lebih rendah.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, ketika pandemik Covid-19, MAHB berjaya bertahan meskipun sektor penerbangan terjejas teruk tetapi berjaya pulih dalam masa yang singkat menunjukkan potensinya untuk berkembang pada masa hadapan.

Beliau berkata, entiti ini adalah antara syarikat penting dalam sektor penerbangan negara.

“Walaupun pada ketika ini masih di fasa pemulihan, potensi pertumbuhan semakin galak meningkat dengan jumlah pelancong dan pemulihan sektor pelancongan. Pelaburan semula KWSP ini memberi peluang untuk mendapat manfaat daripada kenaikan nilai saham dalam masa jangka panjang.

“Tambahan pula, ini disokong oleh pelaksanaan projek serta inisiatif baharu oleh MAHB seperti peningkatan kapasiti lapangan terbang dan teknologi baharu dijangka meningkatkan keuntungan syarikat,” katanya.

Ismail menjelaskan KWSP memainkan peranan yang besar dalam memastikan setiap keputusan pelaburan membawa manfaat kepada setiap pencarum atas kapasiti sebagai dana pencen terbesar negara.

Justeru, beliau yakin pelaburan dalam MAHB akan meningkatkan nilai aset KWSP dalam masa panjang serta memberikan pulangan yang jauh lebih baik kepada pencarum melalui dividen dan kenaikan harga saham.

“Ini secara tidak langsung juga dapat memastikan dana pencarum terus berkembang, terutamanya dalam sektor yang mempunyai prospek pertumbuhan tinggi.

“Di sini dapat saya simpulkan bahawa, benar, pelaburan KWSP dalam MAHB adalah sangat relevan dengan mengambil kira daripada pelbagai sudut. Sebagai pelabur institusi terbesar di Malaysia, KWSP jelas sekali sentiasa berusaha mengoptimumkan pulangan kepada pencarum melalui pelaburan strategik dalam syarikat berkualiti tinggi.

“Semoga apa yang disampaikan ini memberikan penjelasan kepada pihak yang sentiasa tertanya-tanya atau mempertikaikan usaha KWSP ini,” ujarnya.

Related Posts

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyuarakan penghargaan terhadap prestasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan dalam menguruskan portfolio hal ehwal Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bukanlah pengganti kepada siasatan jenayah dan pembuktian di mahkamah, namun memberikan asas kukuh untuk penyiasatan menyeluruh, bebas dan profesional. Presiden Pertubuhan Asas Bina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan