MBK sita ayam, roboh reban dibina secara haram

KUANTAN – Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menyita 40 ekor ayam yang diternak di sebuah taman perumahan, dekat sini, semalam.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Nor Hayatul Huda Othman berkata, struktur reban dan sangkar besi dibina secara haram seorang penduduk untuk ternakan itu turut dirobohkan.

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan diambil susulan tiga aduan diterima daripada penduduk sekitar mengenai gangguan kejiranan akibat aktiviti penternakan ayam dijalankan seorang penghuni taman perumahan terbabit.

“Sebelum ini, MBK sudah mengeluarkan notis untuk menghapuskan kacau ganggu tetapi hasil semakan dan susulan mendapati pemilik reban ayam berkenaan gagal mematuhi notis dikeluarkan.

“Oleh itu, pihak majlis melaksanakan operasi melupuskan ayam ternakan dan merobohkan struktur reban ayam terbabit mengikut Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), hari ini,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, pelaksanaan operasi itu membabitkan 38 kakitangan MBK dan anggota polis serta Jabatan Veterinar Pahang.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok