Tun M sebenarnya mahu jadikan UMNO sebagai lalat – Puad Zarkashi

TUN Dr Mahathir Mohamad mungkin sudah lupa bahawa beliau yang sebenarnya mahu menjadikan UMNO sebagai lalat, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Mohd Puad berkata, namun malangnya Mahathir telah dijadikan lalat terlebih dahulu oleh kem Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, Mahathir pada awalnya ingin menggantikan UMNO dengan Bersatu, tetapi terpaksa terbang seperti lalat mencari tempat baru apabila sekadar dijadikan alat oleh parti itu.

“Tun M merasa risau kerana Nga Kor Meng tuduh UMNO lalat. Dia turut menuduh UMNO lalat kerajaan. Tun M lupa dia sebenarnya yang mahu UMNO jadi lalat. Dia cuba bunuh UMNO dan diganti oleh Bersatu.

“Akhirnya dia dijadikan lalat oleh grup Muhyiddin. Dia diterajang daripada parti Bersatu kerana dituduh jadikan Bersatu lalat kepada DAP sehingga kalah teruk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

“Tun M terpaksa terbang ke sana ke mari macam lalat mencari tempat baru,” katanya di Facebook pada Rabu.

Mahathir mendakwa pimpinan UMNO tidak lebih daripada lalat dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau turut membenarkan label ‘lalat dan singa’ yang diguna pakai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming terhadap salah seorang pemimpin UMNO.

Tambah Puad, UMNO kekal tenang dan tidak tergugat walaupun di tuduh umpama lalat kerana terbukti masih mampu menang ketika PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dan Mahkota

“UMNO tidak terkesan pun didakwa umpama lalat. UMNO terbukti ular berbisa di Nenggiri dan Mahkota,” katanya.

Related Posts

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak – Abdul Karim

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan kesahihan senarai nama individu yang tular di media sosial yang didakwa sebagai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.   Ketua Penerangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Penyatuan ummah’ cuma perangkap kuasa, Bersatu mangsa terbaharu politik tikam belakang

SLOGAN penyatuan ummah yang sering dilaungkan dalam politik Melayu bukan benar-benar untuk membela rakyat Melayu biasa, sebaliknya lebih berkisar kepada percaturan elit politik bagi merebut kuasa. Bekas Peguam Kanan Persekutuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka