LAHAD DATU – Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak perempuan yang berdepan detik cemas selepas terperangkap banjir di Kampung Makwau berjaya diselamatkan pasukan Bomba, pada Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 4.10 petang.
“Sepasukan tujuh anggota bersama jentera kemudian bergegas ke lokasi bagi operasi menyelamat.
“Terdapat empat mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang wanita serta dua kanak-kanak perempuan berjaya dikeluarkan dari kawasan banjir dan dipindah ke kawasan yang selamat ,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Menurut Sumsoa, operasi yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) itu tamat 9.47 malam.
Hujan lebat berterusan di Lahad Datu mengakibatkan beberapa kawasan terjejas banjir antaranya Kampung Cocos Batu 6 Segama, Batu 7 Jalan Silam, Kampung Telisai Tungku, Batu 9 Jalan Silam dan Tabanak Hilir selain beberapa jalan di kawasan perladangan dan kilang.
Sementara itu, MetMalaysia dalam kenyataan pukul 8 pagi tadi mengeluarkan amaran hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah iaitu Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod) sehingga Jumaat ini.
RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah
KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…
Lebih lanjut






