Persatuan sukan perlu bebas politik

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meminta persatuan sukan di negara ini mengurangkan amalan politik dalam sukan termasuk ketika sesi pemilihan baharu persatuan.

Hannah berkata, beliau mahu setiap pemilihan pada mesyuarat agung tahunan (AGM) persatuan sukan dilakukan secara sihat.

Beliau berkata, sekiranya amalan politik itu masih berterusan, beliau khuatir ia secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pembangunan dan prestasi atlet serta jurulatih.

“Biar politik itu dijalankan oleh parti politik. Persatuan sukan jalankan aktiviti sukan,” katanya pada Klinik Netball Super League (NSL) 2025 anjuran syarikat televisyen berbayar Astro di ibu negara, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu pemilihan calon jawatan Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL) Datuk Megat D Shahriman Zaharudin yang didakwa terlibat dalam pemalsuan dokumen pencalonan.

Dakwaan terbabit dibuat pencabarnya yang juga penyandang jawatan, I Vikneswaran menjelang AGM PHKL hari ini.

Hannah berkata, tuduhan dilemparkan pada mana-mana sesi pemilihan ataupun AGM persatuan sukan ialah perkara biasa dan sekiranya terbukti bersalah, Pesuruhjaya Sukan akan memainkan peranan dengan mengambil tindakan selanjutnya.

Related Posts

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

PENYERANG Arsenal, Gabriel Martinelli menyertai kelab Arab Saudi, Al Hilal secara perpindahan tetap dengan nilai dilaporkan mencecah 60 juta pound (RM335 juta). Arsenal mengesahkan perpindahan pemain Brazil itu ke Al…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Atlet Para Sabah bawa semangat ‘Go For Gold’ di Para SUKMA 2026 Selangor

KOTA KINABALU – Semangat untuk membawa pulang pingat emas menjadi harapan utama kontinjen para Sabah pada temasya Para SUKMA kali ini, dengan atlet dan jurulatih bertekad memberikan aksi terbaik dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled