Sekatan hantaran FB: Hakim tolak permohonan peguam

SEORANG peguam gagal dalam usahanya untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (MCMC) berhubung hantaran Facebook yang dimuat naik tahun lepas.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menolak permohonan Shamsher Singh Thind yang mahu sekatan akaun Facebook sejak Mei 2024, dibatalkan bagi membolehkan pengguna lain dapat akses ke akaun tersebut.

Dalam permohonan Mahkamah itu, Shamsher mendakwa MCMC telah mencabul kebebasan bersuara apabila menyekat akaun Facebook miliknya.

Dia turut menuntut menggugurkan arahan MCMC kepada Facebook daripada menyekat akaunnya.

Bagaimanapun Mahkamah Tinggi menjelaskan, tindakan itu dilakukan oleh Fecebook dan bukan MCMC, jadi perkara itu tidak boleh tertakluk kepada semakan kehakiman.

Mahkamah menegaskan, platform media sosial mempunyai hak dalam memutuskan hukuman kandungan walaupun digesa oleh MCMC.

Dalam hantaran itu, Shamsher telah mendakwa serta mengaitkan pemberian kontrak kerajaan kepada suami seorang menteri Kabinet.

Hantaran itu mencetuskan pendebatan hangat dalam platform media sosial tersebut yang mendorong pihak MCMC meminta Facebook menyekat hantaran itu.

Hakim Anand Ponnudurai berkata, tindakan MCMC itu bukanlah keputusan yang boleh dikaji semula oleh mahkamah.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat oleh Facebook dan MCMC hanya mengeluarkan permintaan untuk tindakan.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok