Tiga individu direkod keterangan isu tular perkahwinan Tengku Hassanal

KUANTAN –  Polis mengambil keterangan tiga individu berhubung satu hantaran tular kononnya berkaitan Perkahwinan Diraja antara Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dengan seorang wanita, yang akan berlangsung pada April tahun depan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kesemua individu itu sudah dipanggil pada Ahad lalu bagi membantu siasatan berkaitan hantaran dimuat naik oleh di Instagram menggunakan nama ‘Faridah Daud’ (faridah.daud_l).

Beliau berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sekarang kita sudah ambil tiga keterangan, kes ini masih dalam siasatan. Kita sedang buat profiling dan juga giat mengesan ‘Faridah’… diharap orang ramai dapat bekerjasama membantu kita untuk menyalurkan maklumat (mengesan Faridah) untuk mempercepatkan proses siasatan,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai kejayaan tangkapan kumpulan samun ‘Geng Heri’ di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, dekat Bentong, hari ini. 

Istana Pahang sebelum ini menafikan hantaran tular mengenai perkahwinan diraja melibatkan Tengku Hassanal dengan seorang wanita.

Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya dilaporkan berkata, hantaran dimuat naik wanita itu menyaksikan wanita berkenaan menerangkan majlis perkahwinannya bersama Tengku Hassanal.

Menurut hantaran pada cerita Instagram berkenaan, wanita itu mendakwa akan melangsungkan perkahwinan pada April tahun depan, dan secara fitnah telah menyebut nama Tengku Mahkota Pahang sebagai pasangannya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan