Selangor serius bina jajaran rel dari Sabak Bernam ke Shah Alam

KERAJAAN Selangor serius dalam merealisasikan Jajaran Rel Kita Selangor yang akan memberi manfaat kepada rakyat di bahagian utara negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau telah mengetuai kerajaan negeri mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bagi membincangkan pelaksanaan projek berkenaan.

“Saya di Railway Assets Corporation (RAC) bersama dengan Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke, di sini kita membentangkan kajian dan dapatan awal berkenaan dengan Jejaran Rel Kita Selangor.

“Ada beberapa ‘option’ yang telah kita ketengahkan dan pandangan kepada beliau dan kita akan bergerak ke hadapan untuk merealisasikan Jajaran Rel Kita Selangor yang akan membawa manfaat kepada rakyat dan warga negeri Selangor,” katanya dalam klip video di Facebook.

Amirudin berkata, Rel Kita Selangor akan dibina di sepanjang pesisir pantai barat yang akan menghubungkan Sabak Bernam ke Shah Alam.

“Rel Kita Selangor ini dirancang untuk menghubungkan lokaliti seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, dan kawasan lain di Pesisir Pantai Barat ke pusat-pusat ekonomi utama, memastikan kesalinghubungan yang lebih baik dan masa depan yang lebih cerah buat Selangor.

“Insya-Allah, usaha ini akan membawa manfaat besar kepada rakyat dan ekonomi negeri,” katanya.

Untuk rekod, pembinaan Jajaran Rel Kita Selangor ini merupakan tawaran yang terkandung dalam manifesto Kerajaan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lepas.

Jajaran Rel Selangor bermula dari Sabak Bernam merentasi Shah Alam dan berakhir di Sepang.

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

IPOH – Seorang wanita didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka