Pertahan hubungan baik antara parti komponen Kerajaan Perpaduan

SEMUA parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Friends of BN diingatkan terus menjalin hubungan baik dengan parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik dan ekonomi negara.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu penting bagi memastikan kejadian kerajaan rapuh seperti penggal lalu tidak berulang.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, akibat masalah itu, negara terpaksa menyaksikan pelantikan tiga Perdana Menteri dalam satu penggal.

“Insya-Allah dengan dokongan BN, dokongan rakan-rakan lain dalam Kerajaan Perpaduan, kerajaan ini akan kekal sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.

“Disebabkan itu, kita mahu melihat jalinan hubungan antara UMNO, MCA, MIC dan rakan-rakan dalam Friends of BN menjadi penyumbang utama kepada Kerajaan Perpaduan,” katanya ketika berucap pada Konvensyen BN di Butterworth, Pulau Pinang, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri mengakui terdapat banyak cabaran dihadapi kerajaan sekarang, sama ada dari luar mahu pun dari dalam.

Namun, katanya, semua itu mampu diselesaikan dengan kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak ada masalah tidak boleh diselesaikan, tidak ada cabaran di luar yang tidak boleh kita selesaikan.

“Segala-galanya memerlukan kebijaksanaan Perdana Menteri .

“Beliau (Anwar) anak Pulau Pinang, orang Pulau Pinang harus berbangga walaupun beliau bertanding di Tambun (Perak).

“Tidak apa. Insya-Allah kita harap beliau akan balik ke Permatang Pauh untuk menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh,” katanya.

Related Posts

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak – Abdul Karim

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan kesahihan senarai nama individu yang tular di media sosial yang didakwa sebagai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.   Ketua Penerangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Penyatuan ummah’ cuma perangkap kuasa, Bersatu mangsa terbaharu politik tikam belakang

SLOGAN penyatuan ummah yang sering dilaungkan dalam politik Melayu bukan benar-benar untuk membela rakyat Melayu biasa, sebaliknya lebih berkisar kepada percaturan elit politik bagi merebut kuasa. Bekas Peguam Kanan Persekutuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka