Semarakkan semangat pelajar Melayu Sarawak cemerlang dalam bidang akademik

KUCHING – Penganjuran Kursus Pelajar Melayu-Islam Cemerlang (KPMIC) Siri IV di Kuching diadakan untuk menyemarakkan semangat pelajar Melayu Sarawak untuk cemerlang dalam bidang akademik.

Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Datuk Dr Sanib Said berkata, ia memastikan pelajar Melayu untuk terus cemerlang sehingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Terdapat juga pelajar Melayu cemerlang pada peringkat sekolah rendah tetapi mengalami penurunan apabila peringkat Tingkatan 3 dan seterusnya SPM,” kata beliau.

Tambah beliau, KPMIC juga dianjurkan selepas perbincangan bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) untuk menilai pelajar di Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penangguhan program Kursus Pelajar Melayu-Islam Cemerlang (KPMIC) Siri IV: Kuching di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Setia pada Sabtu.

Sementara itu, Sanib memberitahu SMK Seri Setia merupakan antara sekolah terpilih berdasarkan jumlah pelajar Melayu Islam di kawasan tersebut.

“Kursus ini juga berusaha memantapkan beberapa pelajar tingkatan satu yang terpilih untuk KPMIC sekali gus mengekalkan prestasi kecemerlangan mereka ketika berada di sekolah rendah,” ujar beliau.

Selain itu, beliau berharap KPMIC dapat memberi motivasi kepada pelajar Melayu Sarawak selain mengharap sokongan daripada ibu bapa dan guru.

KPMIC dianjurkan oleh AKYMBS dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), JPNS, Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS), Pejabat Pendidikan Daerah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Pelaksanaan ini ke arah mencapai salah satu objektif dalam teras pendidikan Pelan Strategik Melayu Sarawak (PSMS) 2035.

Seiring dengan usaha mengukuhkan kemahiran insaniah pelajar Melayu Sarawak sekali gus meningkatkan pencapaian pendidikan rendah dan menengah.

Program ini juga mahu memastikan 50 peratus keluarga Melayu Sarawak memiliki ijazah dan 50 peratus memiliki diploma berkualiti.

Terdahulu, seramai 100 pelajar mengikuti program yang berlangsung selama sehari bermula 8 pagi hingga 4 petang.

Related Posts

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

KUANTAN – Rakyat Pahang, khususnya di daerah Kuantan dan Rompin, diseru supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu bagi melindungi kesihatan masing-masing. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala