DNB diminta bentang rancangan perniagaan minggu hadapan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rangkaian pertama 5G, Digital Nasional Berhad (DNB) untuk segera membentangkan perancangan perniagaan yang terkini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, susulan kelewatan DNB dalam membentangkan perancangan perniagaan terkini, PM telah memberikan masa sehingga minggu depan kepada pihak DNB untuk melakukan pembentangan.

“DNB bukan lagi di bawah Kementerian Komunikasi jadi saya tidak terlibat dalam pengurusan tetapi bagi MCMC yang diketengahkan ialah keperluan bagi kedua-dua  rangkaian, rangkaian pertama yang dikelolakan oleh DNB, rangkaian kedua yang kita umumkan dikelola oleh U Mobile.

“Kedua-dua perlu berikan perancangan perniagaan, MCMC maklumkan bahawa U Mobile telah membentang perancangan perniagaan pada awal minggu ini manakala DNB pula diberi tempoh masa sehingga minggu depan untuk memberi perancangan perniagaan, mereka mohon sehingga Januari tapi PM minta supaya beri pada bulan ini juga,” katanya ketika Sidang Media Mingguan bersama Jurucakap Kerajaan Perpaduan di Kementerian Komunikasi pada Jumaat.

Fahmi berkata, kelewatan perjanjian pegangan saham (share holder agreement) syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) telah menyebabkan pembukaan tender rangkaian kedua 5G dibuka.

“Bagi rangkaian kedua 5G ia berkait langsung dengan isu DNB dan syarikat-syarikat telco yang mana sebelum ini kelewatan perjanjian pegangan saham telah menyaksikan kelewatan sehingga dibuka tender bagi rangkaian kedua yang dihadkan hanya kepada syarikat telco yang telah menandatangani perjanjian tersebut.

“Dalam masa sama DNB juga diminta untuk memberi ‘business plan’ yang baharu yang terkini kepada MCMC untuk diteliti.

“Bagi isu peruntukan spektrum tambahan ini adalah satu permintaan daripada pihak DNB jadi sekali lagi  PM rasa isu ini sepatutnya diuruskan dengan lebih pantas,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Kabinet hari ini memberi kelulusan untuk Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia dibawa ke Parlimen dan dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada minggu depan.

“Jika ada masa, RUU itu akan dibahas dan dibuat bacaan kedua pada mesyuarat kali ini.

“Jika tidak, ia sudah disenaraikan untuk dibahas pada mesyuarat akan datang. Jadi, ia berada di landasan,” katanya.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

SHAH ALAM – Semua sekolah di bawah lapan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor diarahkan tutup pada Jumaat susulan kemerosotan kualiti udara akibat jerebu. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar