Hentikan polemik, papan tanda premis perniagaan perlu utamakan Bahasa Kebangsaan

POLEMIK mempertikaikan tindakan penguatkuasaan yang dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung papan tanda premis perniagaan perlu dihentikan oleh semua pihak, termasuk ahli politik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, Malaysia memegang teguh prinsip kedaulatan undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan bagi menjamin keadilan dan keharmonian dalam masyarakat.

“Semua pihak tanpa mengira latar belakang perlu mematuhi undang-undang dan peraturan berkaitan.

“DBKL melalui Undang-undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982, Akta Kerajaan Tempatan 1976 menetapkan penggunaan bahasa kebangsaan perlu diutamakan pada papan tanda premis perniagaan.

“Huruf dan perkataan dalam Bhasa Kebangsaan mesti diutamakan dan saiznya mestilah lebih besar daripada huruf atau perkataan dalam bahasa lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, papan tanda juga perlu mendapatkan pengesahan visual daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terlebih dahulu sebagai dokumen wajib bagi memohon kelulusan DBKL.

“Tindakan penguatkuasaan oleh DBKL dalam pengetahuan saya sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas Wilayah Persekutuan.

“Keputusan ini konsisten dengan pendekatan yang diambil sejak isu Jalan Silang sebagai Mini Dhaka timbul,” katanya.

Zaliha berkata, sepanjang 2024, sebanyak 13 operasi, 264 notis dikeluarkan dan 36 premis telah diambil tindakan berhubung isu papan tanda ini.

“Antara kesalahan yang diambil tindakan ialah menggunakan papan tanda yang tidak mendapat permit daripada DBKL atau papan tanda yang dipamerkan tidak mengikut permit yang diluluskan.

“Notis juga diberikan dalam tempoh munasabah kepada pemilik premis untuk mengambil tindakan sebelum penguatkuasaan dijalankan.

“Perlu ditegaskan bahawa penguatkuasaan ini adalah tugas rutin DBKL yang sepatutnya dilaksanakan sejak dahulu lagi,” katanya.

Selain itu, Zaliha berkata, penguatkuasaan itu bukan atas kehendak mana-mana pihak atau individu, sebaliknya bagi memastikan peraturan yang berkuat kuasa dipatuhi.

“Saya menggesa semua pihak termasuk ahli politik menghentikan polemik ini. Kita ada banyak agenda penting untuk ditumpukan, dan bermain dengan sentimen perkauman seperti ini hanya akan mewujudkan polarisasi yang memecahbelahkan rakyat.

“Memandangkan kita menghampiri Kepimpinan Asean 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026, kita perlu bersama-sama mengangkat martabat bahasa kebangsaan sebagai imej negara. Kuala Lumpur, sebagai pintu masuk utama ke negara, harus mencerminkan identiti nasional yang menonjol dan empamerkan Bahasa Kebangsaan kita dengan jelas dan bangga,” katanya.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

KERALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Keralam, V D Satheesan hari ini membincangkan usaha memperkukuh kerjasama ekonomi serta memudah cara perdagangan dan pelaburan antara Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian

Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian