Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 596, tujuh PPS kini dibuka

ALOR SETAR – Bilangan mangsa banjir di Kedah mencatat peningkatan apabila seramai 596 orang mangsa daripada 197 keluarga terpaksa berteduh di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, dua daerah terjejas iaitu Kubang Pasu dan Sik selepas hujan tanpa henti selama tiga hari.

“Setakat jam 8 pagi tadi seramai 535 mangsa di Kubang Pasu dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, SMK Binjai, Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Batu 8, SK Sultan Ahmad Tajuddin, SK Malau dan Dewan PPK Lubuk Batu.

“Manakala di Sik seramai 34 mangsa berada di SK Kota Aur, yang mula dipindahkan malam tadi,” katanya kepada The Malaysia Press .

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, anggota bomba terpaksa memujuk mangsa untuk berpindah selepas paras air Sungai Kota Aur melimpah.

“Saya bersama 16 anggota tiba di lokasi dan mendapati kawasan kampung berkenaan dinaiki air setinggi satu meter dan terpaksa memujuk tujuh keluarga untuk berpindah.

“Operasi pemindahan mangsa berjaya dan mangsa kini ditempatkan di SK Kota Aur,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula