RM55.4 juta diperuntuk bagi projek tebatan banjir Pulau Pinang

BUKIT TAMBUN – Sebanyak RM55.4 juta telah diperuntukkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa MMK Tebatan Banjir (RTB) Pulau Pinang bagi melaksanakan projek tebatan banjir dalam usaha untuk mengurangkan 80 peratus banjir kilat di 63 lokasi berisiko banjir menjelang tahun 2030 di negeri itu.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, H’ng Mooi Lye berkata, terdapat 36 reka bentuk terperinci projek tebatan banjir berjumlah RM16.2 juta dan 19 projek fizikal tebatan banjir berjumlah RM39.2 juta telah diluluskan peruntukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa MMK Tebatan Banjir Negeri Pulau Pinang tahun 2024 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM55.4 juta.

“Antara projek berskala besar yang telah diluluskan peruntukan adalah RTB Sungai Kechil yang masih dalam proses penilaian tender, RTB Sungai Jawi dan PTB Sanglang (Fasa 1), sedang dilaksanakan.

“Selain itu, terdapat juga beberapa projek RTB yang kini dalam peringkat kajian dan reka bentuk dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan MBSP dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berucap demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Menaik Taraf Sistem Perparitan dan Membina Rumah Pam Taman Merak Jaya yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada Sabtu.

Dalam perkembangan sama, turut dimaklumkan bahawa terdapat 27 rumah pam di bawah penyelengaraan MBSP di seluruh Seberang Perai iaitu lima di Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah, SPT (18) dan empat lagi di SPS manakala dua projek lagi masih dalam peringkat kajian iaitu Projek Kajian Mitigasi Banjir di Taman Kerapu di SPU dan Taman Impian di SPT.

Selain itu, terdapat juga beberapa projek tebatan banjir dalam perancangan dan pelaksanaan MBSP bagi tahun 2024 dan 2025, termasuk Projek Menaik Taraf Sistem Perparitan dan Kolam Tadahan di Taman Sejahtera, Projek Menaik Taraf Sistem Perparitan di Taman Machang Bubuk dan Projek Menaik Taraf Sistem Perparitan dan Membina Rumah Pam Di Taman Inderawasih.

Dalam pada itu, projek menaik taraf sistem perparitan dan pembinaan Rumah Pam Taman Merak Jaya yang menelan kos keseluruhan berjumlah RM660,000 telah siap sepenuhnya pada Ogos, dan sudah mula beroperasi sejak awal September lalu.

Kon Yeow berkata, projek yang menelan kos hampir separuh juta itu diharap dapat mengurangkan risiko banjir kilat yang sering berlaku di kawasan berkaitan, khususnya menjelang musim tengkujuh nanti.

“Selain daripada Rumah Pam Taman Merak, terdapat dua lagi rumah pam di bawah penyelenggaraan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di kawasan Seberang Perai Selatan (SPS) iaitu Rumah Pam Taman Helang dan Rumah Pam Transkrian di Nibong Tebal.

“Justeru, saya menggesa semua penduduk agar sentiasa menjaga kebersihan persekitaran dengan tidak membuang sampah di dalam longkang serta parit di sekitar taman kerana, sampah-sampah yang dibuang merata-rata boleh tersangkut di rumah pam dan menyebabkan longkang atau parit tersumbat dan menyebabkan berlaku banjir,” katanya.

Mengulas lanjut Kon Yeow berkata, menurut Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia bagi tahun 2023, Pulau Pinang telah menelan jumlah kerugian sebanyak RM8.3 juta akibat bencana di negeri itu terutamanya melibatkan kawasan Seberang Perai.

“Sebagai makluman, dalam kawasan Seberang Perai sahaja, secara keseluruhannya telah disenaraikan sebanyak 109 lokasi yang terdedah kepada ancaman banjir.

“Justeru, kerajaan negeri telah melaksanakan projek-projek tebatan banjir di beberapa kawasan berisiko tinggi memandangkan perubahan cuaca semakin meruncing yang mana hujan lebat dan kenaikan paras air laut sering kali menjadi punca terjadinya banjir.

“Maka, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Tebatan Banjir telah meluluskan beberapa projek tebatan banjir, termasuk Rumah Pam Taman Merak Jaya ini,” jelasnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu Kawan.

Beliau memberitahu bahawa kerajaan negeri juga dalam usaha untuk melaksanakan lima lagi projek tebatan banjir di Seberang Perai termasuk Rancangan Tebatan Banjir Taman Sejahtera yang sedang dalam fasa perlaksanaan, sekaligus menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan Pulau Pinang kekal berdaya tahan dan sesuai untuk didiami.

“Pada kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah kepada MBSP kerana sikap proaktif mereka dalam mencari penyelesaian berkesan terhadap cara kerja dalam menghadapi banjir.

“Selain itu, usaha MBSP memperkenalkan sistem Integrated Flood & Pump House Monitoring System (INFLOS) untuk memantau rumah pam serta keadaan banjir di kawasan berisiko tinggi juga harus dipuji,” katanya.

Related Posts

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 daripada keseluruhan 16 perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dimuktamadkan setakat ini diselesaikan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

KUNAK – Jalan raya sepanjang kira-kira 300 meter menghubungkan Kampung Jaya Baru dengan Pasar Tamu Mingguan Kunak akhirnya selesai diturap semula bagi memberi keselesaan sekali gus meningkatkan keselamatan pengguna jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara