PAC akan panggil semula pengurusan HRD Corp, minta penjelasan tindakan susulan terhadap syor

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan susulan terhadap syor dikemukakan.

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, satu pertemuan bersama HRD Corp diatur pada 20 November depan.

“Tindakan susulan seterusnya dengan HRD Corp belum selesai lagi, kita masih tunggu maklum balas daripada pihak berkaitan mengenai syor diberikan kepada mereka.

“Mereka kena lapor pada 20 November selepas tiga bulan masa diberi untuk buat tindakan mengikut syor diberi,” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Julai lalu, media melaporkan lebih satu pertiga kerugian pelaburan RM49.38 juta yang dilaporkan HRD Corp setakat Jun 2023 datang daripada pelaburan saham 62 sen dalam Widad Group Bhd, yang kini diniagakan pada enam sen sesaham.

HRD Corp melaporkan kerugian atas kertas sebanyak RM18.52 juta daripada pelaburannya dalam syarikat pembinaan Widad, yang dibelinya pada 2020 melalui perjanjian opsyen jual dan beli (PCOA).

Di bawah PCOA, HRD Corp mempunyai hak untuk membeli dan menjual saham Widad pada harga tertentu dalam tempoh tertentu.

Hartawan Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah ialah pemegang saham besar Widad.

Setakat April 2024, HRD Corp memegang 3.12 peratus dalam Widad.

Komplikasi timbul pada 30 November 2022, apabila jawatankuasa panel pelaburan HRD Corp menolak cadangan untuk pembaharuan kedua perjanjian itu, dengan alasan kegagalan Widad membayar premium yang dipersetujui ke atas pelaburan itu.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2024, walaupun HRD Corp mengalami kerugian tidak direalisasi dalam Kumpulan Widad dan keputusan yang diambil pada dua mesyuarat panel pelaburan HRD Corp yang berasingan pada 2022 dan 2023 untuk tidak memperbaharui pelaburannya dalam Widad, HRD Corp mengemukakan permohonan pembaharuan pelaburan kepada bekas Menteri Sumber Manusia pada 16 Oktober 2023 untuk kelulusan.

Ia adalah atas dasar perjanjian pelaburan dalam Widad akan tamat pada November 2023.

Related Posts

Polis pertingkat kawalan keselamatan di istana dan pejabat kerajaan

SEREMBAN – Kawalan keselamatan akan dipertingkatkan di beberapa lokasi termasuk di istana dan pejabat kerajaan negeri bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR – Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) bagi penjawat awam Persekutuan mula berkuat kuasa hari ini, memperkenalkan kaedah kerja baharu yang membolehkan pegawai bertugas selama tiga hari di pejabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis pertingkat kawalan keselamatan di istana dan pejabat kerajaan

Polis pertingkat kawalan keselamatan di istana dan pejabat kerajaan

Sistem MyNIISe di Sungai Tujoh dilancarkan, kekalkan pilihan pemeriksaan pasport manual

Sistem MyNIISe di Sungai Tujoh dilancarkan, kekalkan pilihan pemeriksaan pasport manual

Betong sedia muncul hab pertumbuhan ekonomi baharu Sarawak

Betong sedia muncul hab pertumbuhan ekonomi baharu Sarawak

Kerjasama erat Persekutuan, negeri pacu Sabah terima 40 peratus Bahagian FLNG

Kerjasama erat Persekutuan, negeri pacu Sabah terima 40 peratus Bahagian FLNG

PBB giat perkukuh jentera sedia hadapi PRN Sarawak ke-13

PBB giat perkukuh jentera sedia hadapi PRN Sarawak ke-13

Kawasan 1,000 ekar dikenal pasti untuk Bandar Baharu Kalabakan

Kawasan 1,000 ekar dikenal pasti untuk Bandar Baharu Kalabakan