KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua anggota penguat kuasa disyaki meminta rasuah sebanyak RM5,000 bagi mengelak seorang pesalah trafik dikenakan tindakan atas kesalahan lalu lintas dalam operasi sekatan jalan raya di Sandakan, pada Selasa.
Menurut sumber, pengadu telah menghubungi pihak SPRM dan tindakan susulan telah diambil terhadap kedua-dua penjawat awam tersebut.
“Mereka disyaki meminta wang suapan daripada pengadu agar tidak dikenakan saman kerana tidak mempunyai lesen memandu dan memandu kenderaan menggunakan nombor pendaftaran yang palsu.
“Selain daripada dokumen pengenalan diri milik pengadu dirampas, telefon bimbit pengadu juga telah diambil,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Karunanithy A/L Y. Subbiah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan yang dilakukan pada petang Selasa.
Bagaimanapun katanya, kedua-dua anggota penguat kuasa itu dilepaskan dengan jaminan SPRM dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua
PENAMPANG – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini semakin diiktiraf sebagai laluan utama dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri, kata Pegawai Latihan Vokasional, Mohd Sophian…
Lebih lanjut





