Semua lapangan terbang dalam pemantauan SPRM, banteras ‘counter setting’ – Azam

SEMUA lapangan terbang di negara ini berada dalam radar pemantauan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Hal ini bertujuan membanteras aktiviti ‘counter setting’ atau membawa masuk warga asing tanpa pemeriksaan pihak berkuasa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, bagaimanapun pihaknya memberi penumpuan yang lebih kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana ia menerima jumlah pelancong paling tinggi.

“Kita sentiasa memantau semua lapangan terbang kerana ia sebagai satu pintu kepada warga luar untuk masuk ke dalam negara.

“Cuma yang kita lihat (lapangan terbang) yang paling besar adalah di KLIA, sebab itu kita tumpukan di KLIA kerana lapangan itu adalah pusat kemasukan pihak luar.

“Mungkin ada di pintu masuk di tempat lain, seperti Johor, tetapi yang besarnya di KLIA.

“Di negeri lain yang turut membuat pemeriksaan Imigresen, kita turut buat pemantauan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi Penambahbaikan Tatakelola Agensi (APTA) 2024 Peringkat Negeri, di Ibu Pejabat SPRM, di Putrajaya pada Jumaat, lapor BH.

SPRM sebelum ini menahan 60 individu termasuk 50 pegawai agensi penguat kuasa yang disyaki terlibat dalam kegiatan ‘counter setting’ di pintu masuk negara menerusi Op Pump, Op Pump 2.0 dan Op Setting yang dijalankan sejak 20 Ogos lalu.

Sebelum ini, Azam dilaporkan menyenaraikan 11 masalah dan kelemahan utama membabitkan Jabatan Imigresen sehingga membuka ruang kepada sindiket berkenaan.

Katanya, masalah utama yang dikesan adalah disebabkan kelonggaran dalam aspek kawalan dalaman ketika bertugas sehingga menyebabkan pegawai Imigresen mudah didekati oleh ejen sindiket.

Kelemahan lain ialah pusingan tempat kerja bagi pegawai Imigresen bertugas di KLIA Terminal 1 dan 2 yang tidak sistematik.

Related Posts

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

PENDEKATAN Kerajaan MADANI dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2027 yang memberi penekanan kepada kebajikan rakyat, peningkatan pendapatan dan kos sara hidup disifatkan sebagai langkah penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala