PM Ethiopia adakan lawatan dua hari di Malaysia, bincang isu serantau

PERDANA Menteri Ethiopia, Dr. Abiy Ahmed Ali tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari dan ia merupakan kunjungan sulung beliau ke negara ini.

Pesawat yang membawa Abiy, bersama Wanita Pertama, Zinash Tayachew Bere dan delegasinya, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8.30 pagi.

Antara yang menyambut ketibaan beliau adalah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir serta Ketua Protokol Kementerian Luar Negeri, Datuk Yubazlan Yusof.

Sejurus tiba, Abiy memeriksa kawalan kehormatan yang dibarisi oleh 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai oleh Kapten Nur Ahmad Zaim Zahari.

Lawatan Abiy ke Malaysia bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dan Ethiopia.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) memaklumkan, Abiy akan disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis sambutan rasmi, diikuti dengan mesyuarat dua hala.

“Perbincangan antara kedua-dua pemimpin akan tertumpu kepada kemajuan hubungan dua hala, terutama kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertanian dan komoditi, industri halal, pembangunan mampan, kesihatan, pelancongan, dan pendidikan.

“Kedua-dua pemimpin juga dijangka membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama. Satu sidang media bersama akan diadakan selepas mesyuarat dua hala tersebut,” menurut kenyataan itu, pada Jumaat.

Ethiopia merupakan rakan dagang ke-26 terbesar Malaysia di benua Afrika pada tahun 2023.

Nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Ethiopia direkodkan pada RM446.8 juta, dengan eksport Malaysia ke Ethiopia bernilai RM358.6 juta, mencatatkan peningkatan sebanyak 24.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Produk yang dieksport Malaysia ke Ethiopia termasuk elektrik dan elektronik, minyak sawit serta barangan pertanian berasaskan minyak sawit, bahan kimia dan produk berasaskan bahan kimia, serta tekstil, pakaian, dan kasut.

Pada 2023, imbangan dagangan berpihak kepada Malaysia.

Related Posts

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) ketika ini di fasa menuju perubahan besar dalam aspek kawal selia bagi memastikan institusi kewangan Islam itu beroperasi mengikut piawaian keselamatan dan profesionalisme tertinggi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan tiada mana-mana ahli politik dalam barisan Lembaga Pengarah institusi itu ketika ini. Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain menegaskan, perkara itu penting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014