7 rumah pekerja terbakar, 25 penghuni hilang tempat berteduh

BINTULU – Kebakaran melibatkan tujuh buah rumah pekerja di Jalan Sungai Nyigu, Bintulu telah memusnahkan keseluruhan rumah pada awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak melaporkan pihaknya menerima panggilan kecemasan diterima pada 4:22 pagi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, kebakaran melibatkan rumah jenis tidak kekal dengan keluasan keseluruhan 60×100 kaki persegi.

Daripada tujuh rumah, lima daripadanya berpenghuni dan seramai 25 orang berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Komander Operasi, PBK II Shukri bin Abdullah bersama-sama Komander Operasi Kanan, TPgB I Christus Buson mengetuai operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran sepanjang 600 kaki serta dua nozel.

Pasukan bomba terdiri daripada 19 anggota yang dibantu oleh Balai Bomba dan Penyelamat Kidurong dengan kekuatan dua jentera FRT, satu EMRS, dan satu tangki air.

Pihak polis juga terlibat dengan kehadiran empat anggotanya untuk membantu mengawal keadaan.

Walaupun mengalami kerugian harta benda besar, namun tiada nyawa terkorban dilaporkan dalam kejadian ini.

Related Posts

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

KUANTAN – Seramai 50 sukarelawan menyertai program Outreach Komuniti di Surau Ad-Dhuha, Kuala Kenau, dekat sini, hari ini. Program itu anjuran bersama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Paya Besar, Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka