Suami isteri bekas CEO, pengarah eksekutif buat tuntutan palsu bekalan diesel ditahan

TAWAU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan pasangan suami isteri dipercayai mengemukakan tuntutan palsu kepada Sabah Electricity Sendirian Berhad (SESB) membabitkan pembekalan minyak diesel, 11 tahun lalu.

Perbuatan pasangan berumur 50 hingga 60-an yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan bekas pengarah eksekutif di sebuah syarikat swasta itu dipercayai telah membuat 15 tuntutan palsu berjumlah lebih RM650,000.

Menurut sumber, pasangan terbabit telah ditahan kira-kira pukul 10.55 pagi pada Selasa ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada tahun 2013 membabitkan kontrak pembekalan minyak diesel bagi kegunaan set jana kuasa elektrik yang diperoleh oleh syarikat tempat mereka bekerja.

“Bagaimanapun, pembekalan minyak berkenaan yang sebenar tidak sama seperti dalam tuntutan dibuat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy mengesahkan tangkapan pasangan berkenaan yang akan disiasat di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Katanya, kedua-dua suspek akan dituduh di  Mahkamah Khas Rasuah Tawau pada Khamis.

Karunanithy juga tegas mengingatkan agar  mana-mana pihak tidak terlibat dengan kegiatan pemalsuan dokumen kerana ia merupakan satu kesalahan jenayah dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Related Posts

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 daripada keseluruhan 16 perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dimuktamadkan setakat ini diselesaikan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara