Pengambilan khas guru Sarawak 2024 sudah mencukupi

KUCHING – Pengambilan guru di Sarawak meningkat kepada 2,180 calon guru berbanding 1,140 kekosongan asal.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata jumlah yang dipanggil untuk temu duga sangat ramai.

“Sepatutnya sudah mencukupi untuk keperluan pada tahun ini,” ujar beliau.

Tambah beliau, usaha kerajaan Sarawak melalui melalui Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) dan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapat sambutan positif.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bagi Tahun 2023 Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Padawan (PPD) di Hotel Imperial Kuching pada Ahad.

Sementara itu, Dr Azhar berkata penganjuran majlis APC ini merupakan manifestasi keprihatinan terhadap penjawat awam yang berkualiti, dinamik dan berprestasi tinggi.

“Saya berharap agar pengiktirafan seumpama ini dapat menjadi motivasi kepada semua warga kerja PPD Padawan,” ujar beliau.

Tambah beliau, pengiktirafan ini juga dapat memberi semangat untuk penjawat awam dapat berkhidmat dengan cemerlang.

Difahamkan seramai 250 warga PPD Padawan diberi pengiktirafan sebagai penerima APC bagi tahun 2023.

Turut hadir Timbalan Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Dr Abang Hut Abang Engkeh, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Padawan Dr Abang Adam Abang Deli.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat