Pengamal media perlu jaga aib, adab dalam laporan berita

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengingatkan pengamal media di negara ini agar menyampaikan sesuatu pelaporan berita dengan mengambil kira aspek kemasyarakatan termasuk menjaga aib, batas dan adab.

Fahmi berkata, teguran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada media pada khutbah Jumaat Selangor, kelmarin berkaitan liputan keterlaluan isu perceraian, Nur Fazura dan Fattah Amin perlu diberi perhatian.

“Nasihat ini terpakai bila-bila masa bukan hanya dalam isu seperti ini.

“Tidak menjadi masalah untuk media membuat pelaporan tetapi pada masa yang sama media perlu mendidik dan memupuk satu sikap dalam kalangan rakyat.

“Itulah sebab kita berharap secara umumnya media memainkan peranan menyampaikan pelaporan dengan mengambil kira aspek kemasyarakatan.

“Sebagai contoh, etika kewartawanan dalam melaporkan tentang kanak-kanak dalam sesuatu kes jenayah, kita tidak boleh dengan begitu sewenang-wenangnya memaparkan wajah mereka,” katanya selepas majlis Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Lembah Pantai di IWK Eco Park di sini malam tadi.

Fahmi berkata, pada hari isu perceraian pasangan itu dilaporkan, beliau dapati lima daripada tujuh hingga lapan surat khabar yang beliau langgan setiap hari, memaparkan berita sensasi itu pada muka hadapan.

Sehubungan itu, beliau menasihati pengamal media melakukan pelaporan dengan lebih beretika demi Malaysia yang lebih baik kerana respons masyarakat terhadap sesuatu isu juga bergantung kepada pelaporan media.

Related Posts

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok