
KUCHING – Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) diberi tanggungjawab untuk mengurus dua Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) di Sarawak.
Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, tiada keperluan menubuhkan entiti baharu untuk mengurus tapak warisan dunia tersebut.
“Jadi, penubuhan unit baharu untuk mengurus kedua-dua tapak warisan dunia adalah tiada keperluan buat masa ini,” kata beliau.
Tambah beliau, kementerian pelancongan turut terlibat sama dalam pengurusan dua tapak warisan dunia tersebut.
“Itulah sebahagian tugas kami untuk mempromosikan sebagai tempat pelancongan,” kata beliau selepas ditemui oleh pemberita pada Festival ‘What About Kuching’ (WAK) 2024: ‘Call of the Tribes’ (COTT) di The Old Court House pada Selasa.
Turut hadir Timbalan Menteri MTCP, Datuk Snowdan Lawan, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng, Pengurus Festival WAK Brendan Chin dan tetamu jemputan yang lain.






