SK Agama (MIS) Miri dinobat johan Pertandingan Tarian Etnik

MIRI – Pasukan TARIASA dari SK Agama (MIS) Miri dinobatkan sebagai johan menewaskan enam pasukan lain dalam Ethnic Creative Dance Competition yang diadakan sempena Sarawak Children Literature Festival di Pustaka Miri pada Ahad.

Pasukan TARIASA ini terdiri daripada lapan pelajar termasuk empat pelajar lelaki dan empat pelajar perempuan yang masing-masing merupakan pelajar tahun 4, 5 dan 6.

Mereka dilatih dan dipimpin oleh Devinis Sylvin, seorang guru di sekolah tersebut yang memberikan bimbingan serta sokongan tanpa henti kepada pelajarnya dalam mempersiapkan diri untuk pertandingan ini.

Majlis perasmian festival ini juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus.

Dalam ucapannya, beliau menekankan betapa pentingnya penganjuran festival seperti ini untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan dalam kalangan kanak-kanak serta mempromosikan budaya dan warisan etnik Sarawak.

“Inisiatif seperti ini dapat melahirkan warga Sarawak yang berilmu dan berdaya saing.

“Dengan adanya festival ini, diharapkan lebih banyak aktiviti seumpama ini dapat dianjurkan pada masa hadapan untuk terus memupuk minat dan kecintaan terhadap seni serta budaya dalam kalangan generasi muda Sarawak.

“Kejayaan seperti ini merupakan langkah positif ke arah memartabatkan warisan budaya di Sarawak,” katanya.

Kejayaan pasukan TARIASA bukan sahaja membanggakan sekolah tetapi juga menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terlibat dalam aktiviti seni dan budaya.

Pertandingan seperti ini memberikan platform kepada pelajar untuk menunjukkan bakat mereka dan memperkukuhkan semangat kerjasama dalam pasukan.

Related Posts

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

KUANTAN – Rakyat Pahang, khususnya di daerah Kuantan dan Rompin, diseru supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu bagi melindungi kesihatan masing-masing. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala