Belia DUN Mahkota tak mahu lepaskan peluang Sabtu ini

KLUANG – Rata-rata golongan muda yang bakal mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota ini akui teruja berikutan pertama kali berpeluang melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Seorang pelajar dari institut pengajian tinggi (IPT) di ibu kota, Nur Aqilah Muzli, 22, berkata, sebaik mengetahui PRK bakal dilaksanakan, dia terus melihat kalendar akademik bagi merancang perjalanan pulang ke daerah ini.

“Masa tu saya dah mula cuti semester sehingga awal Oktober nanti. Namun saya perlu pulang ke kampus lebih awal kerana terlibat sebagai penyelaras pelajar dan perlu hadirkan diri bermula Khamis ini.

“Tetapi kerana saya perlu membuang undi pada Sabtu, jadi saya hubungi pihak atasan dan mohon pelepasan pada mengundi. Alhamdulillah, mereka faham dan sokong untuk saya pulang sebentar pada Jumaat malam demi membuang undi pada keesokan harinya nanti,” katanya kepada The Malaysia Press.

Nur Aqilah yang juga penduduk Kampung Baru, di sini berkata, walaupun dalam keadaan tergesa-gesa, dia tetap komited untuk melaksanakan tanggungjawab itu.

Menurut remaja ini, dia merancang untuk pulang ke DUN Mahkota dengan menaiki bas pada hari Jumaat dan segera pulang ke IPT setelah selesai mengundi Sabtu ini.

Sementara itu, seorang lagi remaja, Nur Qamarina Roslan, 20, berkata, PRK DUN Mahkota menjadi pengalaman pertamanya untuk bergelar pengundi selepas dia tidak berpeluang melaksanakan tanggungjawab itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dua tahun lalu.

“Masa PRN lepas saya belum layak mengundi tak genap usia 18 tahun. Jadi tahun ini saya teruja nak buang undi untuk pertama kali pada usia 20 tahun.

“Sebagai belia, saya mahukan wakil rakyat yang mudah didekati serta cakna dengan keperluan orang muda. Sebagai contoh wakil rakyat mampu menganjurkan hari bersama belia atau menyediakan barang keperluan kepada kami yang mahir dalam sesuatu bidang,” katanya.

Manakala bagi pelajar IPT di Kuantan, Putaarsini, 22, akui selesa dengan pentadbiran kerajaan ketika ini.

Menurutnya, isu rakyat tidak begitu serius dan sepanjang pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Parlimen milik DAP, DUN Mahkota merupakan kawasan sistematik dan terancang.

“Nak kata soal kemajuan rasanya Kluang dah maju meskipun tidak seiring bandar metropolitan. Sebagai anak muda, saya berpuas hati dengan kemudahan infrastruktur disediakan di DUN ini.

“Cuma buat masa ini, penambahbaikan yang boleh diberikan perhatian adalah kemudahan pengangkutan awam dari Kluang terus ke bandar-bandar utama tanpa perlu transit di Kuala Lumpur. Sebagai pelajar, dari dulu lagi kami sering hadapi isu sama.

“Untuk Sabtu ini, pastinya saya akan mengundi kerana satu undi pun dah berharga dan menentukan pemimpin di tempat ini,” katanya.

Related Posts

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyeru seluruh lapisan masyarakat agar bersikap peka dan berani melaporkan sebarang insiden keganasan rumah tangga yang berlaku di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

KLANG – Perdana Menteri Datuk, Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman penting berkaitan negara pada malam ambang Merdeka, 30 Ogos, serta sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini. Bagaimanapun,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini