Syed Hussien selesa berkempen cara sendiri

MESKIPUN mempunyai latar belakang keluarga dalam penglibatan politik, calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah tidak sekali-kali menjadikan kemudahan itu sebagai batu loncatan untuk beliau menyertai arena sama.

Malah, ujar Ketua Pemuda UMNO Kluang berusia 40 tahun ini, beliau lebih selesa menggunakan pendekatan tersendiri sepanjang berkempen bagi tempoh dua minggu ini.

Bapa kepada dua cahaya mata ini berkata, selama lebih 10 tahun menyertai ahli UMNO bermula daripada peringkat bawahan, beliau mulai faham dan mempelajari kaedah mendekati masyarakat pelbagai kaum.

“Alhamdulillah, sepanjang saya berkempen, saya tak nampak perkara-perkara negatif. Malah, ke mana saya pergi, kebanyakan mereka memang dah biasa dengan kehadiran saya.

“Kalau nak kata disebabkan aura keluarga politik, saya tak rasa begitu. Sebab saya pun tak pernah kaitkan nama keluarga untuk sebarang jawatan. Saya bermula daripada bawah dan sama macam ahli lain, berkecimpung aktif sehingga ke tahap ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Bersama Media dan Calon BN N29 di Taman Ilham, di sini, hari ini.

Syed Hussien yang juga anak tempatan Kluang berkata, pun begitu, seluruh ahli keluarganya sentiasa memberikan sokongan termasuklah arwah bapanya Allahyarham Syed Abdullah Syed Abdul Hamid yang merupakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Kluang.

“Arwah bapa dan arwah datuk sendiri banyak beri nasihat sejak saya mula-mula sertai UMNO. Saya ambil segala nasihat dan pandangan diberikan, namun sejujurnya saya tak amalkan semua.

“Saya ikut mana yang sesuai dan tepat. Sebab bagi saya arena politik ini berbeza mengikut zaman. Macam dahulu selepas kemerdekaan, politik di Malaysia tak sama dan ia jauh berbeza dengan cara berpolitik pada masa kini.

“Kerana itu saya kata, latar belakang keluarga yang akifi berpolitik bukan tiket untuk saya kerana saya juga ada strategi tersendiri. Namun, saya tak pernah mengenepikan nasihat dan pengalaman mereka sebagai orang yang lebih lama dalam ‘dunia’ ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, ujar anak kedua daripada enam beradik ini, beliau menyeru orang ramai khususnya masyarakat Tiong Hua untuk melaksanakan tanggungjawab keluar mengundi pada Sabtu ini demi amalan demokrasi.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi