Zahid isytihar ‘perang’ Akmal-Teresa tamat

KLUANG – Pergeseran antara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dianggap sudah tamat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, isu pensijilan halal yang sebelum ini hangat diperdebat sudah tutup kes.

Justeru, Presiden UMNO itu juga menyatakan beliau sendiri sudah meredakan ketegangan terkait kontroversi sijil halal berkenaan.

“Dah… dah ‘tone down’ saya telah berjumpa dengan Dr Akmal sendiri pada 14 September lalu bersama dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

“… dan saya juga telah memberitahu kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengenai perkara itu.

“Bahkan, malam tadi saya telah keluarkan kenyataan rasmi keputusan Kabinet bahawa tidak ada kewajiban mana-mana restoran untuk memohon sijil halal terapi dasar lama kekal.

“Jadi isu (sijil halal) itu telah tutup,” katanya ketika ditemui media di Kem Mahkota, pada Khamis.

Semalam, Kabinet bersetuju untuk mengekalkan dasar sedia ada iaitu permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) adalah bersifat sukarela.

Zahid berkata, dasar sedia ada itu kekal dan ia terbuka kepada mana-mana industri yang bersedia untuk mematuhi semua keperluan, piawaian dan standard pensijilan halal Malaysia.

Sebelum ini, timbul ketegangan antara Dr Akmal dan Teresa sehingga membawa kepada tindakan saman sebanyak RM25 juta susulan isu pensijilan halal.

Related Posts

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan pencapaian lebih besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang termasuk meningkatkan jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi bagi mengukuhkan suara dan kuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills