Polis Sarawak umum pelupusan barang kes dadah bernilai RM2.6 juta

KUCHING – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak melaksanakan pelupusan besar-besaran barang kes dadah dan racun yang disiasat dari 2017 hingga 2024.

Menurut kenyataan rasmi Pesuruhjaya Polis Sarawak CP Dato Mancha Ata, sebanyak 7,478 kes yang melibatkan pelbagai jenis dadah telah selesai disiasat dan dibicarakan di 20 daerah di Sarawak.

Antara dadah yang dimusnahkan ialah 23,168.66 gram serbuk ekstasi, 17,131.03 gram syabu, 12,293.46 gram ganja, dan 8,500 gram daun ketum, dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM2.64 juta.

Pelupusan ini dilakukan mengikut peruntukan di bawah Seksyen 406A dan 407 Kanun Prosedur Jenayah, dengan matlamat untuk memastikan bahan terlarang ini tidak lagi menjejaskan masyarakat.

“Pihak polis mengulangi komitmen dalam memerangi jenayah dadah yang dianggap musuh utama negara.

Beliau turut menyeru orang awam untuk terus memberikan maklumat berkenaan aktiviti pengedaran dadah melalui hotline JSJN di talian 012-2087222.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok