Kastam Melaka rampas kereta sport, serbuk biji timah 5,000kg

MELAKA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan dari negara jiran selepas menyita seberat 5,000 kilogram (kg) serbuk biji timah baru-baru ini.

Pengarahnya, Nadzri Che Ani dalam kenyataannya menjelaskan timah tersebut dibawa masuk dalam bentuk serbuk sebelum dibungkus ke beberapa beg plastik guni untuk pasaran sektor perindustrian seperti kilang pembuatan tin.

Menurutnya, sindiket itu dikesan menggunakan laluan perairan negara berhampiran bandar Mersing, Johor pada waktu pagi dengan menggunakan sebuah bot.

Tambah beliau, JKDM turut menahan seorang pemandu lori bersama pembantunya masing-masing berusia 30 dan 40-an selepas gagal mengemukakan bukti dokumen percukaian yang sah.

“Jumlah rampasan dan sitaan membabitkan sebuah lori dan serbuk timah dianggarkan berjumlah RM450,000.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

Mengulas lanjut, Nadzri turut menambah dalam kes berasingan, pihaknya turut merampas sebuah kereta mewah jenama Lotus bernilai RM531,960 di sebuah pusat beli-belah di Selangor, pada Julai lalu.

Menurutnya, kereta sport berwarna putih itu dipercayai diseludup dari Singapura untuk diedarkan di negara ini dan kenderaan terbabit diletakkan di parkir pusat beli-belah berkenaan selama tiga bulan bagi mengelirukan pihak berkuasa.

Bertindak atas maklumat risikan, pasukan berjaya mengesan dan menyita kereta itu dipercayai diseludup dan diletakkan di kawasan tempat letak kereta awam.

“Dalam tempoh tiga bulan ini juga bermula Julai hingga September JKDM Melaka berjaya menumpaskan pelbagai kegiatan penyeludupan bernilai RM1.2 juta, termasuk tembakau, rokok, minuman keras dan dadah,” katanya lagi.

Related Posts

Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi

MUKAH – Pendidikan pencegahan dadah perlu didedahkan secara agresif seawal di bangku sekolah rendah bagi memutuskan rantaian penularan musuh nombor satu negara itu di peringkat akar umbi. Pengerusi Skuad Antidadah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda PBB minta Putrajaya, SPR segerakan kelulusan 17 kerusi DUN Sarawak

MUKAH – Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kerajaan Persekutuan mempercepatkan proses persempadanan semula bagi memuktamadkan penambahan 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN mungkin hilang kuasa mutlak selepas PRN Johor

BN mungkin hilang kuasa mutlak selepas PRN Johor

Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi

Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi

Pemuda PBB minta Putrajaya, SPR segerakan kelulusan 17 kerusi DUN Sarawak

Pemuda PBB minta Putrajaya, SPR segerakan kelulusan 17 kerusi DUN Sarawak

Cheah tekad bangunkan Serkat sebagai destinasi pelancongan, perkasa infrastruktur

Cheah tekad bangunkan Serkat sebagai destinasi pelancongan, perkasa infrastruktur

Pengeluaran ATM antara bank kini percuma, caj RM1 dimansuhkan mulai hari ini

Pengeluaran ATM antara bank kini percuma, caj RM1 dimansuhkan mulai hari ini

Haaland watak penting kemenangan Norway atasi Ivory Coast 2-1

Haaland watak penting kemenangan Norway atasi Ivory Coast 2-1