Menteri Kebudayaan dan Kesenian ASEAN berkampung di Melaka Oktober ini

AYER KEROH – Mesyuarat Menteri-menteri Kebudayaan dan Kesenian ASEAN (AMCA) yang dijadual diadakan di negeri ini pada Oktober depan bakal menghimpunkan barisan menteri dari sembilan negara di rantau ini.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman menjelaskan bahawa mesyuarat AMCA edisi ke-11 itu merupakan antara kombinasi acara utama yang dijadual berlangsung selama seminggu menerusi penganjuran International Culture & Arts Festival (ICAF) @Sungai Melaka 2024.

Menurut beliau, program tersebut akan bermula pada 21 hingga 27 Oktober ini dan bakal diadakan di Dataran Pengkalan Rama.

“Keunikan program ini adalah merupakan kombinasi beberapa acara utama yang diadakan di negeri ini secara serentak seperti Mesyuarat AMCA ke-11, Festival Seni Selat Melaka 2024, Festival Sungai Melaka 2024 dan Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa 2024,” katanya.

Tambah Abdul Razak, negeri ini juga turut menjadi lokasi penganjuran acara pelancongan bertaraf antarabangsa iaitu ASEAN Cup International Regatta 2024 yang akan berlangsung pada 21 hingga 27 Oktober ini.

“Acara sukan perahu layar ini dijadual akan diadakan di Encore Klebang dimana ia merupakan sebuah program bertaraf antarabangsa dengan penglibatan pelayar dari pelbagai negara seperti Jepun, Korea Hong Kong dan China.

“Kesemua peserta akan mempamerkan keunikan dan kecanggihan setiap kapal layar yang dibawa sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024),” katanya.

Related Posts

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

SEBANYAK 180 pasukan dari seluruh negara bakal berentap dalam tujuh kategori pada Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 yang akan berlangsung di Stadium Hoki Wisma Belia Indera Mahkota, dari 9…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

SEMPORNA – Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kampung Mentelitip Pegagau, Jalan Semporna-Tawau, di sini, pada Khamis. Ketua Balai Bomba…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

  • By Fatin
  • October 1, 2026
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

SARA bulanan mula dikredit hari ini

SARA bulanan mula dikredit hari ini