Skandal 1BestariNet: Pemimpin tamak gadai masa depan generasi muda

PUTRAJAYA – Pemimpin yang amanah tidak sewajarnya mempertaruhkan masa depan generasi muda demi kepentingan wang ringgit.

Ketua Cabang PKR Ampang, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet berkata demikian bagi menjawab isu mengenai skandal projek 1BestariNet bernilai RM4 bilion yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Altimet berkata, kewujudan 1BestariNet juga telah terbukti mendapat maklum balas yang tidak memuaskan daripada pihak yang terlibat.

“Apabila masa depan anak-anak dijadikan percaturan demi wang ringgit kesannya sangat buruk.

“Kita sedia maklum, hasil Kajian Impak oleh Universiti Awam mendapati kualiti capaian internet yang dibekalkan 1BestariNet juga tidak memuaskan berdasarkan aduan yang diterima dari majoriti pemegang taruh yang terlibat.

“Bagaimana projek seperti ini yang melibatkan dana awam sehingga RM1.13 billion boleh tidak mencapai matlamat yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press pada Jumaat.

Sementara itu, beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya turut berharap agar pihak yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

“Saya berharap pihak yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan kerana kita tidak sama sekali boleh menerima sebuah keputusan dasar yang hanya menguntungkan kapitalis tanpa meletakkan kepentingan rakyat pada asasnya.

“Semua pihak yang terlibat tanpa mengira siapa atau apa pendirian politik wajar disiasat dan dibawa ke muka pengadilan ini pendirian saya tanpa kompromi,” katanya.

Hari ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menafikan dirinya terlibat dalam pemberian tender perkhidmatan 1BestariNet ketika menjadi Menteri Pendidikan.

Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan terpulang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan berhubung isu tersebut.

Related Posts

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

KUALA LUMPUR — Tabung Haji (TH) kekal kukuh dengan jumlah aset RM98.58 bilion berbanding liabiliti RM95.63 bilion, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk Kerajaan Persekutuan mengambil langkah konkrit dan holistik yang boleh dilaksanakan menerusi Belanjawan 2027 bagi menangani penghijrahan doktor daripada sistem kesihatan awam yang semakin membimbangkan. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM