Imigresen Sabah hantar pulang 652 PATI Filipina

SANDAKAN – Jabatan Imigresen Negeri Sabah (JIM) hantar pulang 652 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina pada Khamis, menjadikan 3,118 pendatang dari negara berkenaan dihantar pulang tahun ini sama ada melalui laut mahupun udara.

Kesemua PATI terlibat dipindahkan menggunakan pengangkutan laut dari Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina. 

Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof  berkata 13 siri menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin telah dilaksanakan tahun ini.

“Tahanan yang terlibat pada kali ini adalah tahanan warga Filipina dari Depot Imigresen Papar, Sandakan dan Tawau. 

“Kumpulan yang dihantar pulang melibatkan 469 lelaki, 130 perempuan, 43 kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan 10 kanak-kanak berumur 23 bulan ke bawah,” katanya menerusi kenyataan media. 

Tambahnya, kesemua PATI yang dipindahkan telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. 

Justeru itu, katanya, JIM Sabah mengingatkan para majikan yang menggajikan pekerja asing untuk memastikan semua pekerja terlibat mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sesuai untuk bekerja di Negeri Sabah. 

JIM Sabah akan terus komited  dalam melakukan operasi dan pemindahan PATI selaras dengan dasar serta perundangan yang berkuat kuasa.

Related Posts

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

NEW YORK – Harga minyak dunia melonjak melepasi paras AS$100 setong pada Khamis, mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh hampir dua bulan selepas kumpulan Houthi di Yaman mengumumkan serangan ke atas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trump rancang tarif baharu ke atas 60 negara, perang perdagangan dijangka memuncak

ISTANBUL – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan sedang bersiap sedia memperkenalkan pusingan baharu tarif import terhadap kira-kira 60 negara seawal minggu ini, sekali gus berpotensi meningkatkan semula ketegangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah