9 pelajar Sarawak ditawar biasisawa universiti di China

KUCHING – Seramai sembilan pelajar Sarawak dipilih untuk menerima biasiswa pengecualian selama empat tahun yang ditawarkan oleh Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Universiti Ekonomi dan Perniagaan Hainan Haikou.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang menzahirkan penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Wilayah Hainan dan Universiti Ekonomi Haikou atas kuota biasiswa yang diberikan kepada MPP setiap tahun.

“Sejak 2019, MPP bekerjasama dengan universiti tersebut dalam proses pemilihan pelajar tempatan untuk menerima biasiswa pengecualian bagi tempoh empat tahun, dan ini merupakan tahun keenam program ini dijalankan.

“Dalam tempoh tersebut, seramai 44 pelajar tempatan direkomen dan 14 pelajar yang mendaftar pada 2019 dan 2020 berjaya menamatkan pengajian mereka,” kata beliau lagi.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada graduan universiti tersebut atas sumbangan mereka dalam memperkenalkan dan berkongsi pengalaman pembelajaran.

Lo berharap pelajar yang menerima biasisawa tersebut dapat mencapai kejayaan cemerlang dan seterusnya menabur bakti kepada pembangunan Sarawak.

Sembilan pelajar yang terlibat dalam program ini ialah Ricky Tang Wei yang mengambil jurusan Pemasaran, Eric Voon Jin Sheng (Pengurusan Hotel), Eason Leong Yik Shen (Reka Bentuk Persekitaran), serta Chong Ting dan Zona Ko Ang Joo (Pengurusan Kewangan).

Selain itu, Luna Chia Ze Qian, Chen De Rui, dan Veniss Bong Jun Qi mengikuti jurusan Penyiaran dan Pengarahan Suntingan Televisyen, manakala Eileen Chai Ee Ling memilih jurusan Kewartawanan.

Pelajar tersebut bersama-sama ibu bapa mereka diiringi oleh Kaunselor Amy Tnay untuk membantu proses pendaftaran.

Related Posts

KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

TAWAU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau merampas pelbagai barang kawalan dan sebuah kenderaan bernilai RM104,138.40 selepas menerima satu kes serahan daripada Pasukan Gerakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

  • By Fatin
  • August 19, 2026
KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli

Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi